Wednesday, February 9, 2011

Puding Roti Caramel ♥




Mari-mari semua cuba puding roti yang sangat simple dan tidak mengambil kos yang banyak. Kalau selalunya puding roti caramel ni kalu jual masa bulan puasa sepotong saje sampai rm1.50++. Sedangkan kita boleh buat sendiri dengan mudah dan tidak mengambil masa yang lama.Semua bahan-bahan nii kita boleh dapat dekat dapur kita tu jer. Ikut sahaja langkah-langkah dibawah.
 
Bahan A:
  • 1/2 cawan gula atau terpulang pada kita kalau tidak suka manis sangat kurangkan kuantiti gula itu   
  • -> gula akan dicairkan dalam loyang kukus (cara cairkan gula adalah dengan panaskan pada api sederhana sehingga keperangan,campurkan 2@3 sudu air bagi mengelakan gula keras, pastikan jangan sampai hangus sebab nanti rasa boleh jadi pahit)
Bahan B:   
  • 5 keping roti (etc:gardenia)
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 3@4 sudu gula (kalau suka manis tambah)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanila (ni option kalau tak letak sedap je)
  • 1 sudu besar tepung kastard (ni option sebab akan bagi warna kekuningan pada puding roti itu nanti)

cara-cara:
  • mesin semua bahan B di dalam blender (dalam 5 saat je)
  • masukkan bancuhan ke dalam loyang kukus yang berisi gula cair tadi
  • tutup loyang
  • kukus selama 30 minit (jikalau dalam oven letak loyang diatas dulang yang telang berisi dengan air panas terlebih dahulu)
  • sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan     
Resepi ni boleh diubah mengikut selera tekak anda...silalah bertanya kalau ada sebarang kemusykilan....saya akan membantu.....Selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...