Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Sambal belacan mangga

Ok, beberapa hari yang lalu aku ada buat sambal belacan mangga kiranya untuk pembuka selera 2012.Senang je nak buat menu ni sebab tidak memerlukan teknik masakan yang melampau.
Bahan-bahan:
(A)
1@2 biji     Mangga (muda @ sudah masak)
(B)
3 tangkai    Cili merah
4@6 tangkai  Cili padi (bagi yang suka pedas lebih)
1 inci       Belacan (panggang jangan sampai hangus)
1 sudu       Gula & garam (bagi seimbang rasa)
Cara-cara:
Teramatlah mudah. Sekarang pergi ke dapur anda untuk mecari lesung batu. Dengan penuh tenaga tumbuk semua bahan (B) terpulang selera diri nak tumbuk lumat atau kasar. Kemudian mangga (A) boleh diracik halus atau dipotong kasar. Temukan bahan (A) & bahan (B) digaul mesra. Boleh dihidangkan.

Selain itu, anda boleh ganti buah mangga dengan buak kuini. Wow mesti terangkat gila. Selamat mencuba ye..


p/s: semudah langkah 1..2..3..macam pernah dengar 'tagline' ni kan...yang penting selamat mencuba..



Wednesday, April 27, 2011

Daging Masak Lada Hitam

minyak terlebih pula masa ni & kurangkan minyak
Kerja di rumah asyik masak-masak & masak-masak. Kali ni aku nak kongsi resepi daging masak lada hitam atau lebih glamour masak black paper. Aku tak paksa ikut resepi ini 100%. Paksaan tiada di sini.

Resepi Daging Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • 1 Kilo daging lembu (terpulang bahagian mana yang terbaik batang pinang)
  • 1 Labu bawang merah besar (dicingcang halus)
  • 6 Ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 Inci halia (dicincang halus) 
  • 1 1/2 Sudu lada hitam (ditumbuk kasar & lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 1 Biji cili benggala merah (dipotong dadu)
  • 1 Biji cili benggala hijau (dipotong dadu)
  • 4 sudu kicap manis
  • 3 sudu sos tiram
  • 1/2 Cawan air rebusan daging
  • Garam & Gula (secukup rasa)
  • Minyak
Cara-cara:
  1. Pertama sekali potong daging nipis secara melawan urat supaya tidak liat. Basuh daging bersih-bersih kemudian rebus daging hingga empuk.
  2. Kemudian panaskan minyak dalam 3 sudu besar. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau. Jangan lupa masukkan lada hitam.
  3. Selepas bahan tumisan sudah naik bau kita boleh masukan daging dan kacau hingga sebati. Masukkan air rebusan daging.
  4. Masukkan kicap manis serta sos tiram dan biarkan seketika untuk sebatikan daging.
  5. Akhir sekali masukkan potongan cili benggala kemudian serbuk perasa seperti gula dan garam secukup rasa. 
  6. Boleh dihidangkan.
Sangat mudah sebab bahan-bahan pun tidak rumit sangat. Semua ada dekat dapur kita. Selamat mencuba.

p/s: sesiapa ada tekanan darah tinggi jangan makan daging terlalu banyak. Jaga kesihatan anda :)

Wednesday, February 9, 2011

Puding Roti Caramel ♥




Mari-mari semua cuba puding roti yang sangat simple dan tidak mengambil kos yang banyak. Kalau selalunya puding roti caramel ni kalu jual masa bulan puasa sepotong saje sampai rm1.50++. Sedangkan kita boleh buat sendiri dengan mudah dan tidak mengambil masa yang lama.Semua bahan-bahan nii kita boleh dapat dekat dapur kita tu jer. Ikut sahaja langkah-langkah dibawah.
 
Bahan A:
  • 1/2 cawan gula atau terpulang pada kita kalau tidak suka manis sangat kurangkan kuantiti gula itu   
  • -> gula akan dicairkan dalam loyang kukus (cara cairkan gula adalah dengan panaskan pada api sederhana sehingga keperangan,campurkan 2@3 sudu air bagi mengelakan gula keras, pastikan jangan sampai hangus sebab nanti rasa boleh jadi pahit)
Bahan B:   
  • 5 keping roti (etc:gardenia)
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 3@4 sudu gula (kalau suka manis tambah)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanila (ni option kalau tak letak sedap je)
  • 1 sudu besar tepung kastard (ni option sebab akan bagi warna kekuningan pada puding roti itu nanti)

cara-cara:
  • mesin semua bahan B di dalam blender (dalam 5 saat je)
  • masukkan bancuhan ke dalam loyang kukus yang berisi gula cair tadi
  • tutup loyang
  • kukus selama 30 minit (jikalau dalam oven letak loyang diatas dulang yang telang berisi dengan air panas terlebih dahulu)
  • sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan     
Resepi ni boleh diubah mengikut selera tekak anda...silalah bertanya kalau ada sebarang kemusykilan....saya akan membantu.....Selamat mencuba :)

Saturday, January 22, 2011

Makan sampai muak...

Maybe aku agak lambat untuk story pasal satu tempat makanan steamboat yang popular di lembah klang ni. Ini kira rezeki  sebab adik nak belanja emak aku dan aku just tumpang sekaki je (haaiiiiiii maklumlah job manager tanam anggur tegar tu masih aku sandang). Sebelum ni aku hanya dengar dari mulut member aku je pasal kedai Flaming steamboat ni. Setahu aku kedai steamboat ni ada dua branch satu dekat setapak dan lagi satu dekat sunway.Hendak di jadikan story kita orang pegi kedai Flaming steambot dekat sunway masa dalam perjalanan memang sesak sebab kena buat u-turn dekat depan sunway pyramid dan masa tu memang "peek hour" boleh gila.

masuk selagi boleh
emak dah tak sabar nak makan :)

wantan & kangkung
Benar-benar belaka khabar angin yang aku dengar kalau nak pegi makan flaming steamboat ni sila pastikan yang perut anda benar-benar kosong. Memang rambang dibuatnya bila makan dekat sini dan ketamakan kita diuji dengan rakusnya. Senang cita semua jenis makanan boleh kita rasa dekat sini (selain untuk steamboat ayam goreng,nasi,buaha-buahan,aiskrim,ABC & etc). Tambahlah selagi perut kita mampu menerimanya jangan pulak sampai termuntah pulak kita ada 2 jam untuk weekend dan unlimited untuk weekdays (kalau tak silap). Harga pun berbaloi dan boleh jadi paling best untuk hangout with family or friends. Yang paling utama makanan dekat sini semua ditanggung HALAL dan puas hati.

Saturday, December 11, 2010

Job penganggur TERHORMAT

Aku baru jugalah habis semester akhir dan sekarang aku penganggur TERHORMAT dalam keluarga. Seperti kebiasaan 'Job' wajib yang aku dapat ketika menganggur adalah 'suri rumah' sepenuh masa (walaupun aku belum lagi jadi suri rumah sesiapa lagi). Sempena 'Job' sekarang ini aku akan share aktiviti yang paling aku suka adalah memasak. Semalam aku ada masak 'Ikan Siakap Stim' dan cubaan kedua aku. Bagi aku masakan ini paling senang untuk kita belajar dan sesiapa yang tidak pernah masak pun boleh memasak. Ikut je langkah-langkah ini:

*Belum Masak lagi

'Ikan Siakap Stim'

1.Langkah Pertama 
 Bawang putih - 4 biji *
 Halia - 1/2 inci *
 *dikisar / ditumbuk
 Ikan Siakap
 Garam Secukup rasa
 *bahan yang dikisar beserta garam dilumurkan dekat ikan dan diperap untuk seketika (5-10 minit)
 
2.Langkah Kedua 
 3 btg serai (dititik)
 5 ulas bawang merah / 1 labu bawang besar (dihiris)
 4-5 camca besar sos tiram
 3-4 biji limau nipis di perah (kalau suka masam lebihkan dan kalau tidak kurangkan)
 10 biji cili padi / 2-3 cili besar (Dihiris dan suka pedas atau tidak terpulang)
* ditaburkan sama rata diatas ikan siakap tadi

3.Langkah Ketiga (Optional)
 2 biji buah tomato potong dadu 
 1 lobak merah (hiris)
   daun sup 
* Susun bahan hiasan diatas ikan secara kreatif 

4.Langkah Keempat
  Pastikan air stim sudah panas baru masukan ikan ke dalam tempat stim
  Waktu untuk di stim adalah dalam 20 minit

*Air di isi di dalam dulang dibawah
p/s: Masakan adalah subjektif kerana ia akan berubah mengikut selera anak tekak kita sendiri. Tiada paksaan dalam mengikut resepi ini. "Sharing is caring" :).


Lebih sedap apabila diamakan dengan nasi panas dan kangkung goreng belacan WWOOOWWWW!!!! mesti terangkat. Memasak adalah salah satu terapi yang bagus sebab kita akan berasa seronok apabila melihat orang lain asyik makan masakan yang datang dari air tangan kita sendiri. Selamat mencuba semua.

Masak-masak juga..bagi kawan-kawan aku di luar sana selamat berjaya dalam proses 'Job Hunting' walaupun ade juga member yang sudah dapat kerja. Terasa sangat lah cemburu tapi itu rezeki dia orang dan aku "happy" untuk dia orang. Bersemangat untuk cari kerja  dan berharap ada rezeki untuk aku.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...