Friday, November 23, 2012

MAHA International 2012 - Boys Meats Grills "We Grilled With Love"



Apa itu "MAHA"?. "MAHA" membawa maksud Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International show. Bagi tahun 2012 ini acara MAHA akan berlangsung bermula 23 November hingga 2 December 2012 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)Selangor, Malaysia. Tapi secara ringkas MAHA mengumpulkan semua phiak yang terlibat dalam sektor pertanian (tidak kira dalam bidang teknologi, r&d, makanan & sebagainya) .Kalau hendak maklumat yang lebih terperinci lagi mengeni MAHA International 2012 boleh pergi ke laman sesawang klik MAHA







Perkara Utama disini saya ingin mempromosikan projek adik saya serta rakan-rakan dia iaitu Boys Meats Grills "We Grilled With Love". Projek ini masih dalam peringkat awal lagi. Tapi ini sahaja yang saya mampu buat dengan menunjukkan tanda sokongan dalam usaha mereka. Setakat ini produk utama mereka adalah sos perapan atau "sos marinade" bagi daging kambing & perkhidmatan pembakaran bagi pelbagai majlis dari majlis keluarga ke majlis VVIP.







Kalau sesiapa ada pergi ke acara MAHA International 2012 jangan lupa singgah ke booth mereka. Booth mereka terletak di bahagian "livestock". Anda boleh merasa sendiri kelazatan daging kambing yang telah diperap dengan sos perapan yang ummmpphhhh di sana. Anda juga boleh terus membeli sos & daging kambing yang siap diperap dan dibakar ada juga dijual disana. Sila bagi pandangan & kritikan yang membina.

Siapa berminat untuk berhuhubung & mengetahui lebih lanjut mengenai usaha mereka boleh singgah ke facebook klik "Boys Meats Grill" .

p/s: harap usaha mereka akan berjaya mari kita sokong usaha anak muda MALAYSIA. Jangan lupa juga untuk menyokong "booth" yang lain. Siapa lagi kalau bukan KITA rakyat MALAYSIA. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...