Kalau kita sentiasa berpositif diri pada setiap hari insya allah kita akan lebih bersatu walaupun terdapat pelbagai kaum di negara kita malaysia ini. Ingat negara kita sekarang cukup aman dan damai tugas kita adalah memeliharakan untuk kekalkan keamanan yang sedia ada. Macam "orang kata" untuk MENGEKALKAN keamanan yang sedia ada adalah sukar. Jadi kita sebagai rakyat malaysia harus memainkan peranan yang penting. Ajar dari muda budaya terima kasih ini. Terima kasih mengajar kita lebih bersyukur. Tidak apa kalau kita yang mula menyatakan terima kasih. Apa kata kita mulakan terima kasih kepada tuhan bagi kita nyawa sehingga hari ini dan kita katakan terima kasih kepada ayah dan mak kita yang menjaga kita selama ini.
Ok kat sini aku nak kongsi iklan yang setiap kali aku tengok akan menyentuh hati halus kita. Dengar bait-bait lirik lagu ini membawa seribu erti bagi kita. Buang kan ego kita, buangkan politik kita, buangkan prasangka kita, buangkah hasad kita,..... yang penting kita satu...sayu je iklan ni...
Kiniku nikmati kehidupan yang selesa
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan
Chorus
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu
Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna