Sebagai orang yang sudah “BEKERJAYA” memang banyak
tanggungjawab yang hendak digalas.
Setiap hujung bulan akan menanti tarikh atau waktu yang sama. Hati
dengan penuh gembira serta bangga teramat sangat menuju ke suatu destinasi.
Hati begitu tidak sabar untuk berjumpa sahabat setia menunggu setiap hujung
bulan yang pasti akan berjumpa. Sampai disana dengan pernuh debaran kita akan
menekan kekunci dan yang paling utama adalah memilih untuk menyemak “baki
terakhir”. Muka akan tersenyum sampai ke telinga apabila baki itu bertambah
tapi muka akan muram serta marah apabila baki itu tidak bertambah sejak baki
yang terkhir dulu. Itulah kehidupan wajib orang yang sudah bergaji tapi ia
tidak berakhir disitu.
Ok ayat agak berbunga sedikit. Kita mesti pernah terpikir
macam mana mak atau ayah kita uruskan kewangan mereka setiap bulan. Kalau yang
tidak pernah terpikir aku tak tau nak cakap apalah… melainkan engkau orang
memang anak yang begitu kaya “Oh yeah”.
Pengurusan kewangan yang baik perlu kita adakan setiap bulan
untuk mengelakkan kita sudah “sesak” walaupun masih awal bulan. Jangan lah
setiap kali ke mesin ATM tu kita tidak buat perancangan yang sebetulnya. Kalau
tidak nilai duit yang dicucuk tidak akan sama dengan nilai duit yang masih
tinggal di dalam dompet kita.
Aku bukan nak cakap yang aku ni sudah cukup pandai nak kawal
kewangan kita. Kadang-kadang pun aku sesak juga bila nak dekat hujung bulan tu.
Tapi apabila setiap kali kita “bergaji” kemudian
duit tunai berada di tangan kita dengan penuh hawa “nafsu” serta bersifat
“pemurah” walaupun untuk diri sendiri…hahaha..apa lagi makin surutlah ketebalan
dompet kita.
Ok ini aku hendak kongsi tips pendek yang aku tak pastilah yang
pakar ekonomi Malaysia akan bersetuju dengan aku ke tak.
1.Senaraikan segala hutang-piutang
- kalau kita tak nak dibelenggu masalah duit kita kena langsaikan semua hutang-piutang dulu.Kalau tidak masalah duit @ wang ni memang tak akan habis. Tak apa kalau kita tak boleh langsai sekali terus. Janji kita cuba langsaikan sikit demi sikit samapai habis. Bil-bil terkira dalam hutang & elak kan tunggakan.
2. Berikan pada yang "UTAMA"
- Pertama sekali kita senaraikan keperluan mengikut ke"utama"an atau yang paling penting. Sebagai contoh keperluan dapur, perbelanjaan kenderaan, tol, & termasuk bil-bil. Ada orang akan kata "skemalah ko ni nak ada senarai perbelajaan bulanan lah bagai". Ini untuk mengelakan kita membelanjakan duit kita pada benda yang tidak penting terlebih dahulu. Nanti tak ada timbul isu duit "short" atau dah habis lansung. kalau kita ikut senarai itu kita boleh tau berapa jumlah perbelanjaan setiap bulan kita.Dengan itu jugak kita boleh agak perbelanjaan bulan berikutnya.
3. Simpanan
- Walaupun sedikit baki yang kita ada selepas beberlanja kita harus buat simpanan. Mula agak payah, tapi bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Dengan simpanan ini kita boleh gunakan apabila ada kecemasan atau aktiviti yang lain macam bercuti, membeli-belah dan sebagainya.
3. Derma
- Ingat kesenangan kita boleh kongsikan sedikit dengan orang yang memerlukanya. Yang penting ikhlas dan tiada paksaan. Setiap perbelanjaan kita harus disenaraikan dan disimpan sebagai rujukan kita kelak..
p/s:menjelang perayaan Aidilfitri ni..yg tolak tidur, tolak makan, tolak bercakap..kejap je lg akan menjengah.. banyak lagi duit kita akan melayang dengan sewenang-wenangnya..jangan kata perayaan je..bulan puasa ni pun nafsu makan kita akan menyebabkan poket kita kering..:)
No comments:
Post a Comment