Sunday, January 27, 2013

Budaya Terima Kasih

Walaupun agak lambat aku menyatakan salam tahun baru 2013.Mari kita mulakan tahun baru 2013 ini dengan BUDAYA TERIMA KASIH.Mesti ramai yang susah menyatakan ayat terima kasih kepada seseorang. Alah....kitakan berbilang kaum, macam bahasa yang kita boleh gunakn untuk menyatakan terima kasih, thank you, chie chie, kamsia,rume nanre dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan ikut etnik dalam negara kita memmang tak tersenarai. Janganlah kita malu, ringan-ringankan lah mulut kita untuk mengatakan terima kasih. Jangan mengira darjat, pangkat, kasta, umur dan agama untuk mengatakan terima kasih. Kalau kita rasa kita memang perlu dulu mengatakan terima kasih kepada seseorang tidak perlu malu atau segan kalau dia lebih miskin, tidak berpangkat atau tidak setaraf yang penting ikhlas.

Kalau kita sentiasa berpositif diri pada setiap hari insya allah kita akan lebih bersatu walaupun terdapat pelbagai kaum di negara kita malaysia ini. Ingat negara kita sekarang cukup aman dan damai tugas kita adalah memeliharakan untuk kekalkan keamanan yang sedia ada. Macam "orang kata" untuk MENGEKALKAN keamanan yang sedia ada adalah sukar. Jadi kita sebagai rakyat malaysia harus memainkan peranan  yang penting. Ajar dari muda budaya terima kasih ini. Terima kasih mengajar kita lebih bersyukur. Tidak apa kalau kita yang mula menyatakan terima kasih. Apa kata kita mulakan terima kasih kepada tuhan bagi kita nyawa sehingga hari ini dan kita katakan terima kasih kepada ayah dan mak kita yang menjaga kita selama ini.

Ok kat sini aku nak kongsi iklan yang setiap kali aku tengok akan menyentuh hati halus kita. Dengar bait-bait lirik lagu ini membawa seribu erti bagi kita. Buang kan ego kita, buangkan politik kita, buangkan prasangka kita, buangkah hasad kita,..... yang penting kita satu...sayu je iklan ni...



Kiniku nikmati kehidupan yang selesa
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan


Chorus
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu


Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna



P/s: posting ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Aku hanya menjalankan peranan aku yang tidak seberapa untuk menyebarkan unsur positif untuk negara aku iaitu MALAYSIA....peduli apa orang nak kata...

Friday, November 23, 2012

MAHA International 2012 - Boys Meats Grills "We Grilled With Love"



Apa itu "MAHA"?. "MAHA" membawa maksud Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International show. Bagi tahun 2012 ini acara MAHA akan berlangsung bermula 23 November hingga 2 December 2012 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)Selangor, Malaysia. Tapi secara ringkas MAHA mengumpulkan semua phiak yang terlibat dalam sektor pertanian (tidak kira dalam bidang teknologi, r&d, makanan & sebagainya) .Kalau hendak maklumat yang lebih terperinci lagi mengeni MAHA International 2012 boleh pergi ke laman sesawang klik MAHA







Perkara Utama disini saya ingin mempromosikan projek adik saya serta rakan-rakan dia iaitu Boys Meats Grills "We Grilled With Love". Projek ini masih dalam peringkat awal lagi. Tapi ini sahaja yang saya mampu buat dengan menunjukkan tanda sokongan dalam usaha mereka. Setakat ini produk utama mereka adalah sos perapan atau "sos marinade" bagi daging kambing & perkhidmatan pembakaran bagi pelbagai majlis dari majlis keluarga ke majlis VVIP.







Kalau sesiapa ada pergi ke acara MAHA International 2012 jangan lupa singgah ke booth mereka. Booth mereka terletak di bahagian "livestock". Anda boleh merasa sendiri kelazatan daging kambing yang telah diperap dengan sos perapan yang ummmpphhhh di sana. Anda juga boleh terus membeli sos & daging kambing yang siap diperap dan dibakar ada juga dijual disana. Sila bagi pandangan & kritikan yang membina.

Siapa berminat untuk berhuhubung & mengetahui lebih lanjut mengenai usaha mereka boleh singgah ke facebook klik "Boys Meats Grill" .

p/s: harap usaha mereka akan berjaya mari kita sokong usaha anak muda MALAYSIA. Jangan lupa juga untuk menyokong "booth" yang lain. Siapa lagi kalau bukan KITA rakyat MALAYSIA. Terima kasih.

Thursday, October 25, 2012

Sambal PETAI bersama SOTONG

AMARAN!!! Resepi kali ini hanya di tuju khas bagi sesiapa yang  penggemar tegar PETAI. Bagi pembenci petai pegi jauh-jauh anda akan dilanda bau yang harum dari PETAI. Jangan marah ye...

Imej Kurang Jelas
PETAI ada dalam tu



Bahan-bahan

Hero & Heroin
Petai 2 @ 4 papan
Sotong Sekilo

Bahan A (Dikisar Halus)
Cili Kering 15-20 batang
Belacan Setengah Inci
Bawang Merah 3@4 labu
Bawang Putih 3 ulas

Bahan B
Asam jawa (satu sudu besar) @ Asam keping (2 keping yang sederhana)
Minyak 
Garam

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam 5 sudu besar. Kemudian tumis bahan yang dikisar (bahan         
   A). Sampai sambal masak
2. Kemudian masukkan sotong. Dalam 2@3 minit selepas itu masukkan petai.
3. Langkah terakhir sekali masukkan asam jawa, garam & gula sedikit.Gaul lagi 2 @ 
   3 minit dan siap.

p/s: Sediakan "chewing gum" untuk mengelakkan bau mulut & bawak pewangi ke tandas. Nak lebih ganas lagi bawa "lighter" ke toilet untuk meghapuskan gas pembukti.

Thursday, August 16, 2012

IKHLAS - MOHAMMAD RAYYAN WILDAN

Sedang kita sibuk bergembira dengan persiapan raya ada yang memerlukan perhatian kita walaupun sekejap sahaja. Pertolongan diperlukan bagi membantu sikecil ini.Penderma darah (terutama darah A+) amat diperlukan bagi membantu Mohammad Rayyan Wildan yang baru berumur 2 tahun ini. Sikecil ini telah disahkan menghidapi Leukemia yang masih di peringkat awal tapi masih boleh diubati dengan memerlukan 200ml darah baru SETIAP HARI.Sekarang sikecil ini mula rasa sakit belakang serta tidak boleh berdiri & berjalan.


Saya berharap tidak kira bangsa, umur atau agama dapat membantu sikecil ini. Pilu hati ini bila seusia & tubuh sekecil ini sudah dicabar dengan dugaan penyakit sebegini.

Siapa yang berminat menderma darah boleh menghubungi:

Level 5, Blood bank, 
Hospital Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya
Father’s contact number : 0193475070


Derma darah tidak memerlukan masa yang lama.darah yang jenis A+, A-, O dan O- masih boleh menderma...

p/s: Orang yang berpuasa boleh lagi menderma darah..Insyallah dengan pertolongan kita ini akan dapat memulihkan Rayyan...Mungkin ini hari adik Rayyan..kita tidak tahu masa kita pulak bagaimana..TOLONG MENOLONG BUDAYA KITA...share pada semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...