Salam Oktober, Post kali ini aku mahu share stok tempat makan baru yang aku pergi dalam bulan lepas. Kali ini mencuba selera yang tidak jauh dari selera rakyat malaysia iaitu masakan Malay-Indo.Restoran yang bertempat di Setia City Mall iaitu Dancing Fish.
Pertama sekali bila kita dengar nama restoran ini mesti kita bayangkan makanan ala barat. Tetapi apabila melihat dekorasi restoran Dancing Fish ini yang berkonsep kotemporari membuat kita tertanya-tanya makanan yang bakal di hidangkan. Nama Dancing Fish itu sendiri sebenarnya tercipta dari salah satu signature dish mereka iaitu Dancing Fish seakan-akan ikan itu sedang menari. Aku sebenarnya sudah banyak kali lalu restoran ini semakin lama buat aku tertarik untuk menjamu selera disini. Menu yang pelbagai yang disediakan dari nusantara khusus malay-indo & jangan risau set makananpun turut disediakan. Ok mari kita tengok antara signature dish disini.
P/s: Selera nusantara..pecel lele!! Pecel lele!!..Ayam Penyet!!..Ayam Penyet!!
No comments:
Post a Comment