Friday, October 4, 2013

Berdansa di Dancing Fish



Salam Oktober, Post kali ini aku mahu share stok tempat makan baru yang aku pergi dalam bulan lepas. Kali ini mencuba selera yang tidak jauh dari selera rakyat malaysia iaitu masakan Malay-Indo.Restoran yang bertempat di Setia City Mall iaitu Dancing Fish.

Pertama sekali bila kita dengar nama restoran ini mesti kita bayangkan makanan ala barat. Tetapi apabila melihat dekorasi restoran Dancing Fish ini yang berkonsep kotemporari membuat kita tertanya-tanya makanan yang bakal di hidangkan. Nama Dancing Fish itu sendiri sebenarnya tercipta dari salah satu signature dish mereka iaitu Dancing Fish seakan-akan ikan itu sedang menari. Aku sebenarnya sudah banyak kali lalu restoran ini  semakin lama buat aku tertarik untuk menjamu selera disini. Menu yang pelbagai yang disediakan dari nusantara khusus malay-indo & jangan risau set makananpun turut disediakan. Ok mari kita tengok antara signature dish disini.










Ahaaa!!! mesti terliurkan. Untuk aiskrim tiga rasa tu persa manggo, strawberry dan durian, memang sedap.Masakan dekat Restoran Dancing Fish ni memang cukup rasa dan masakannya yang ringkas.Jangan risau bagi siapa yang tidak makan pedas sebab di Dancing Fish ini dah setkan tahap kepedasan ketahap "mild". Dari segi harga disini medium range-price tapi memmang berbaloi dengan hasil masakannya.Memang dicadangkan untuk famili atau dengan member-member nak raikan sesuatu majlis disini.

P/s: Selera nusantara..pecel lele!! Pecel lele!!..Ayam Penyet!!..Ayam Penyet!!

Tuesday, July 23, 2013

Mee Ketam Yoooooo!!!!

KETAM Yoooo!!! Ok sekarang ni sudah separuh pejalanan Ramadan kita tahu ni. Alhamdulilah dapat kita tempuhi dengan redha. Sekarang ni aku sebenarnya nak cerita mengenai Mee Ketam yang aku cuba minggu sebelum Ramadan. Kalau makanan memang sudah basi jadu "up" gambar tak basi lah (lawakan sambil tangan pegang ke bahu).Sebelum ni aku sibuk menengok kawan-kawan aku update pasal Mee Ketam ni. Sudah berulang aku tengok di "up" status ego dan nafsu aku bergolak. Ini tak boleh jadi aku kena cuba.

Ok, tempat yang dituju adalah Mee Ketam Kuala Lumpur, yang terletak di belakang Unisel Shah Alam sekyen 7 lama. Senang sahaja cari kedai ini.Lepas SHELL masuk kiri terus sikit belah kanan.

Mee Ketam Yooooo!!!!!

Bagi pendapat aku dari segi rasa ok dan sedap dimakan. Tapi belum lagi tahap bila kita makan kita akan terdiam seketika dan akan rasa wooowww!!!.Tahap kesedapan mee ketam ini memuaskan. Tetapi bebaloi untuk dicuba bila kita fikirkan harga ketam sekarang. Kuah dia tak terlalu kuat, ia ringan. Kalau makan di sini ada pilihan untuk makan kari ketam ini dengan mee, beehoon dan nasi putih. Harga standard dengan ketam selain ketam biasa terdapat juga ketam XXL. Disyorkan bagi penggemar makanan laut dan mee. Selamat mencuba.

P/s: kalau nak makan ketam kita jangan control cun sangat sebab nanti kita tak akan rasa puas nikmati ketam ini. Guna jari je boleh!!!

Sunday, June 30, 2013

Tappers Cafe

Pertama kali aku tahu kengenai Tappers cafe dekat rancangan Jalan-jalan Cari Makan. Kali ini aku pergi cuba cawangan Tappers Cafe di Oasis Square Ara Damansara. Mula masuk Oasis Square ni kita akan perasan macam area "shop and office lot" yang biasa. Bila sudah masuk ke dalam ada banyak restoran makan yang dari segi interior yang cantik-cantik tapi dari segi rasa kena rasa satu-satu restoran lah ye. Ada yang halal dan non halal. Masa tu berangan kalau dapat kerja dekat sini mesti best.

Kembali mengenai Tappers Cafe, dari segi deko cafe konsep colonial english digunakan. Jadi bila kita masuk sahaja ke cafe akan rasa dibawa ke satu era vintage. Warna asas utama adalan putih dan kelabu. Bila kita lihat deko cafe yang "feel luxe" ni secara automatik akan fikir mengenai harga hidangan. Jangan risau harga hidangan di sini kira "reasonable" kalau tidak silap harga satu menu tidak ada yang melebihi rm15.00. Mula-mula pun dah budget harga mesti rm20.00++. Menu disediakan terdiri dari western hingga ke asian (hidangan berasaskan nasi ada disediakan jadi jangan risau) tetapi malangnya "dessert" belum ada dalam menu. Tappers Cafe dibuka seawal 8.00 pagi kerana menu mereka terdiri dari "breakfast", "lunch" dan "dinner". Dari segi rasa makanan agak baik ada rasa disitu. Boleh lawati website Tappers Cafe dengan mencari di encik "google". Yang duduk area klang jangan risau di setia alam ada cawangan Tappers Cafe.

exterior restoran di Oasis Square

Interior Tappers Cafe

Antara hidangan di Tappers Cafe

P/s: Dari segi portion makanan adalah baik.

Wednesday, May 22, 2013

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah

Apa nak masak hari ni? Semalam tiba-tiba teringat adik teringin makan nasi tomato, ini memang favorite dia. Ok cantik sebab ayam je pun ada kat rumah. Walaupun penat balik kerja sempat singgah kedai runcit beli susu cair, timun dan planta. Mana yang sempat aku kaut..redha. Penat aku tolak tepi mula aku dah plan pertama sekali aku akan masak nasi tomato dulu kemudian baru ayam. Sambil perut aku krukkkkrukkrukk...LAPAR aku mula masak.

Nasi Tomato

Bahan-bahan
3 pot beras (basuh bersih dan rendam dalam 10 minit sebelum masak)
1 labu bawang besar (anggaran besar tangan kita)
4 ulas bawang putih (mesin bersama bawang besar)
1 inci halia (besar ibu jari anda dihiris)
2 biji bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga
1 tin yang paling kecil tomato puree (bersamaan 4 sudu besar kalau nak campurkan dengan sos tomato terpulang)
1/2 Tin susu cair
1 senduk planta (guna senduk nasi) kalau suka minyak sapi pun boleh
1 senduk minyak (guna senduk nasi)

*Garam secubit rasa.

Langkah-langkah
1 Panaskan planta dan minyak untuk menumis bawang besar, bawang putih,halia,bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga sampai naik bau.
2 Masukkan pula tomato puree dan daun pandan. Kemudian masukkan beras yang direndam.
3 Selepas itu masukkan 1/2 tin susu cair dan air bersamaan dengan sukatan beras. Kacau-kacau sikit kemudia tutup dan tunggu sehingga nasi tanak.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1 Ekor ayam (terpulang nak potong macam mana)
3 Sudu besar cili kering yang sudah dikisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu besar tomato puree
4 sudu besar sos tomato
1 batang serai (dititik)

*Garam dan gula secukup ras

Langkah-langkah
1 Mula-mula gorengkan ayam sehingga masak.
2 Tumis bahan-bahan yang telah dikisar seperti cili kering, bawang besar, halia, serai dan bawang putih. Boleh gunakan minyak menggoreng ayam.
3 kemudian masukkan tomato puree dan sos tomato biarkan seketika dan selepas itu boleh masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan perasa seperti gula(boleh gunakan madu) dan garam sesedap tekak sendiri. Sebab semalam taknak membazir lebihan susu cair lagi setengah tin di masukkan ke ayam. SEDAP

Ini versi campak-campak . Maaf  image yang kureng.

P/s: Sebab malas dan kelaparan sangat timun dimakan begitu sahaja. Lagi bagus dibuat cerancam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...