Saturday, December 11, 2010

Job penganggur TERHORMAT

Aku baru jugalah habis semester akhir dan sekarang aku penganggur TERHORMAT dalam keluarga. Seperti kebiasaan 'Job' wajib yang aku dapat ketika menganggur adalah 'suri rumah' sepenuh masa (walaupun aku belum lagi jadi suri rumah sesiapa lagi). Sempena 'Job' sekarang ini aku akan share aktiviti yang paling aku suka adalah memasak. Semalam aku ada masak 'Ikan Siakap Stim' dan cubaan kedua aku. Bagi aku masakan ini paling senang untuk kita belajar dan sesiapa yang tidak pernah masak pun boleh memasak. Ikut je langkah-langkah ini:

*Belum Masak lagi

'Ikan Siakap Stim'

1.Langkah Pertama 
 Bawang putih - 4 biji *
 Halia - 1/2 inci *
 *dikisar / ditumbuk
 Ikan Siakap
 Garam Secukup rasa
 *bahan yang dikisar beserta garam dilumurkan dekat ikan dan diperap untuk seketika (5-10 minit)
 
2.Langkah Kedua 
 3 btg serai (dititik)
 5 ulas bawang merah / 1 labu bawang besar (dihiris)
 4-5 camca besar sos tiram
 3-4 biji limau nipis di perah (kalau suka masam lebihkan dan kalau tidak kurangkan)
 10 biji cili padi / 2-3 cili besar (Dihiris dan suka pedas atau tidak terpulang)
* ditaburkan sama rata diatas ikan siakap tadi

3.Langkah Ketiga (Optional)
 2 biji buah tomato potong dadu 
 1 lobak merah (hiris)
   daun sup 
* Susun bahan hiasan diatas ikan secara kreatif 

4.Langkah Keempat
  Pastikan air stim sudah panas baru masukan ikan ke dalam tempat stim
  Waktu untuk di stim adalah dalam 20 minit

*Air di isi di dalam dulang dibawah
p/s: Masakan adalah subjektif kerana ia akan berubah mengikut selera anak tekak kita sendiri. Tiada paksaan dalam mengikut resepi ini. "Sharing is caring" :).


Lebih sedap apabila diamakan dengan nasi panas dan kangkung goreng belacan WWOOOWWWW!!!! mesti terangkat. Memasak adalah salah satu terapi yang bagus sebab kita akan berasa seronok apabila melihat orang lain asyik makan masakan yang datang dari air tangan kita sendiri. Selamat mencuba semua.

Masak-masak juga..bagi kawan-kawan aku di luar sana selamat berjaya dalam proses 'Job Hunting' walaupun ade juga member yang sudah dapat kerja. Terasa sangat lah cemburu tapi itu rezeki dia orang dan aku "happy" untuk dia orang. Bersemangat untuk cari kerja  dan berharap ada rezeki untuk aku.








Monday, September 20, 2010

"Bila lagi nak kawin???" ......zaassssss

Wah bussy raya sangat ker...tak menyempat nak posting pun..work pun melambak-lambak ( tapi x berusik)...hari ni dah mula balik tugas aku sbagai pelajar...mengigil sebab work banyak tak siap... First yang aku nak story adalah..Ini soalan yang "general" bagi peringkat umur macam aku ni kena..(tua sangat ke aku ni).. Zaaasssss~~~..berdesup-desup soalan tu melalui masuk ke cuping telinga aku...lagi 5 hari kakak aku nk kahwin...jadi aku kena bersiap sedia kan diri ni dengan penyataan & persoalan yang common aku akan dengar.."lepas Along ni..Angah lh plak..and bla..bla..bla.."..Aku amin kan je...bukan saudara mara je timbulkan isu ni..sahabat handai pun amat gemar dengan soalan "cepumas" ni...lagi-lagi yang dah selamat diijab kabulkan..siap dah ade 2-3 anak...alahamdulilah..seronok aku tgok dia orang bahagia...

Jawapan "common" macam aku ni :
  • Belum ada jodoh lagi...(ni jawapan kiranya dah habis pikir)
  • Belum habis belajar lagi..(tu lah siapa suruh masuk u lambat)
  • Tunggu lh nk kerja dulu..nak naik pangkat..kumpul duit beli keta...(belaja blom hbis mcam mana nk koje)
  • Pasangan pn tak der..hbis tak kan nk kahwin ngan pokok atau batu...(sebab cantik sangat tu pasal tak de org berani nak dekat..perahsantan)
  • Tak der orang yang saya berkenan..kalau nak carikan lah...(syarat-syarat nya..belikan I-MAC 10 biji, barang kemas kalau nak satu badan...ya tuhan "CEREWET" nak mampos)
Nak buat cam mana...sapa yang nak tolak benda baik ni...semua orang nak jalan hidup yang teratur je..khidupan "NORMAL"...tuhan dah tetap kan setiap jalan yang patut kita lalui..tinggal kita pilih jer..semua orang akan melalui fasa ni..pasal "JODOH" kita sendiri pun tak pasti...stressed mmg stressed sangat..tapi aku akan cuba mem "Positif" diri sebnyak yang mungkin..fokus utama sekarang nk habiskan blaja aku ni...chayok!!chayok!!~~~~


Tuesday, September 7, 2010

Beginning for me...

Aku ni tulis blog sebab orang lain tulis blog gak ke!!!..hurmmmm..tulah mentaliti sebnarnya..apa yang aku jawab ialah "aku mahu cuba"..Best ke ada blog ni??....aku jawab aku tak tau sebab aku blom ade blog..ni baru je nak buat blog...heeehee...tapi aku tengok macam seronok jer..tak tau lah masa depan nye..Aku macam baby lagi dlm "arena blogger" ni..perlu guling-guling dulu..lepas tu merangkak..lepas tu bertateh...bergugu-gaga..dan sampai "terror" lah kononya..hope blog ni dapat sampaikan sejujur dari hati dan mentaliti aku....sebenarnya ralat gak lah aku tulis blog ni..apa yang aku nak kongsikan..damn "aku perahsia besar"..huuhuu..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...