Saturday, December 11, 2010

Job penganggur TERHORMAT

Aku baru jugalah habis semester akhir dan sekarang aku penganggur TERHORMAT dalam keluarga. Seperti kebiasaan 'Job' wajib yang aku dapat ketika menganggur adalah 'suri rumah' sepenuh masa (walaupun aku belum lagi jadi suri rumah sesiapa lagi). Sempena 'Job' sekarang ini aku akan share aktiviti yang paling aku suka adalah memasak. Semalam aku ada masak 'Ikan Siakap Stim' dan cubaan kedua aku. Bagi aku masakan ini paling senang untuk kita belajar dan sesiapa yang tidak pernah masak pun boleh memasak. Ikut je langkah-langkah ini:

*Belum Masak lagi

'Ikan Siakap Stim'

1.Langkah Pertama 
 Bawang putih - 4 biji *
 Halia - 1/2 inci *
 *dikisar / ditumbuk
 Ikan Siakap
 Garam Secukup rasa
 *bahan yang dikisar beserta garam dilumurkan dekat ikan dan diperap untuk seketika (5-10 minit)
 
2.Langkah Kedua 
 3 btg serai (dititik)
 5 ulas bawang merah / 1 labu bawang besar (dihiris)
 4-5 camca besar sos tiram
 3-4 biji limau nipis di perah (kalau suka masam lebihkan dan kalau tidak kurangkan)
 10 biji cili padi / 2-3 cili besar (Dihiris dan suka pedas atau tidak terpulang)
* ditaburkan sama rata diatas ikan siakap tadi

3.Langkah Ketiga (Optional)
 2 biji buah tomato potong dadu 
 1 lobak merah (hiris)
   daun sup 
* Susun bahan hiasan diatas ikan secara kreatif 

4.Langkah Keempat
  Pastikan air stim sudah panas baru masukan ikan ke dalam tempat stim
  Waktu untuk di stim adalah dalam 20 minit

*Air di isi di dalam dulang dibawah
p/s: Masakan adalah subjektif kerana ia akan berubah mengikut selera anak tekak kita sendiri. Tiada paksaan dalam mengikut resepi ini. "Sharing is caring" :).


Lebih sedap apabila diamakan dengan nasi panas dan kangkung goreng belacan WWOOOWWWW!!!! mesti terangkat. Memasak adalah salah satu terapi yang bagus sebab kita akan berasa seronok apabila melihat orang lain asyik makan masakan yang datang dari air tangan kita sendiri. Selamat mencuba semua.

Masak-masak juga..bagi kawan-kawan aku di luar sana selamat berjaya dalam proses 'Job Hunting' walaupun ade juga member yang sudah dapat kerja. Terasa sangat lah cemburu tapi itu rezeki dia orang dan aku "happy" untuk dia orang. Bersemangat untuk cari kerja  dan berharap ada rezeki untuk aku.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...