Wednesday, April 27, 2011

Daging Masak Lada Hitam

minyak terlebih pula masa ni & kurangkan minyak
Kerja di rumah asyik masak-masak & masak-masak. Kali ni aku nak kongsi resepi daging masak lada hitam atau lebih glamour masak black paper. Aku tak paksa ikut resepi ini 100%. Paksaan tiada di sini.

Resepi Daging Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • 1 Kilo daging lembu (terpulang bahagian mana yang terbaik batang pinang)
  • 1 Labu bawang merah besar (dicingcang halus)
  • 6 Ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 Inci halia (dicincang halus) 
  • 1 1/2 Sudu lada hitam (ditumbuk kasar & lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 1 Biji cili benggala merah (dipotong dadu)
  • 1 Biji cili benggala hijau (dipotong dadu)
  • 4 sudu kicap manis
  • 3 sudu sos tiram
  • 1/2 Cawan air rebusan daging
  • Garam & Gula (secukup rasa)
  • Minyak
Cara-cara:
  1. Pertama sekali potong daging nipis secara melawan urat supaya tidak liat. Basuh daging bersih-bersih kemudian rebus daging hingga empuk.
  2. Kemudian panaskan minyak dalam 3 sudu besar. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau. Jangan lupa masukkan lada hitam.
  3. Selepas bahan tumisan sudah naik bau kita boleh masukan daging dan kacau hingga sebati. Masukkan air rebusan daging.
  4. Masukkan kicap manis serta sos tiram dan biarkan seketika untuk sebatikan daging.
  5. Akhir sekali masukkan potongan cili benggala kemudian serbuk perasa seperti gula dan garam secukup rasa. 
  6. Boleh dihidangkan.
Sangat mudah sebab bahan-bahan pun tidak rumit sangat. Semua ada dekat dapur kita. Selamat mencuba.

p/s: sesiapa ada tekanan darah tinggi jangan makan daging terlalu banyak. Jaga kesihatan anda :)

Monday, April 25, 2011

Saman tetap Saman & Hutang tetap Hutang

"Saman tetap Saman" & "Hutang tetap Hutang". Terbang duit penggangur bayar saman. Sebaik ada baki duit simpan sebab tahan supaya tak nak top up handphone. Akhirnya terbang ke tangan pihak "U".


Dengan bangga pergi dekat pejabat pengawal keselamatan. Lepas tu buat senyum kera sumbang tanya "mak guard" "ehhh!! saya datang nak..." belum sempat ayat aku habis terus dia mencelah "Nak bayar saman ye??? Terus pergi kaunter 4 ye!!!". Sebaik aku orang pertama datang sebab masa tu pejabat baru buka sebab baru lepas sembahyang jumaat. Kemudia berderet budak-budak yang sama macam aku nak konvo mahu jelaskan hutang saman yang tertunggak.Dalam proses aku tengah menjelaskan pembayaran saman tu ada seorang udak perempuan ni kena 20 saman dan setiap satu kesalahan di kira RM 25 korang cuba lah kira sendiri dia kena berapa. "Pak Guard yang ada dekat situ pun tetiba bersuara tu baru 20 ada budak sampai 50 ke 60 apa cerita. Tertelan air liur aku mendengar pengakuan "Pak Guard" tu sedangkan aku kena 3 kesalahan je macam nak menjerit je bila bayar. Kalau tak bayar kita pulak tak boleh konvo nanti. Nak merungut pun tak guna sebab masih kena bayar saman sebab kita yang tak ikut peraturan yang diteapkan. Sebaik sebelum sem akhir hari tu aku dah jelaskan saman library. Kes malas nak renew pinjaman buku sebab guna buku yang sama untuk buat thesis.

Sekarang ni aku tinggal nak bayar duit konvo. Seronok nak konvo lagi2 kita orang dapat rasmi dewan baru dan dapat jumpa kawan seperjuangan yang lain. Tapi yang aku agak cuak ada perbualan yang akan melibatkan pekerjaan "Eh..sekarang kerja dekat mana???..bahagian mana??...gagi berapa riban???...erkkk!!!" tak dapat aku nak menjawab semua persoalan itu. Tapi aku seronok tgok semua kawan aku yang sudah bekerja kerana rezeki dia orang sudah sampai dulu.

Pasal hutang pulak aku bukan nak jadi ustazah aku hanya nak kongsi apa yang aku tahu. Aku pun sendiri kena semak semula kalau ada berhutang dengan orang.

Sabda rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh abu hurairah bermaksud:"sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, allah akan membayarkan. tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, allah akan musnahkan harta bendanya." maksud allah akan membayarkan di sini adalah allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu " umar Radiallahuanhu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Seram pulak aku sebab hutang ni kita tidak boleh buat main-main je. Bayarlah walaupun kita kena bayar sikit-sikit walaupun kita berhutang seposen je. Sebab niat kita tetap berhutang.

p/s: kita ini memang tidak sempurna mahupun aku tapi kita akan cuba perbaiki diri kita yang tidak sempurna ini.

Friday, April 1, 2011

MENJERIT 4 - 15.4.2011

Sesiapa yang tengok filem ni dari Scream 1, 2, & 3 mesti tahu pasal jalan cerita ni. Mengaplikasikan genre "horror & thriller" filem ini senang cerita pasal bunuh-membunuh. Sesiapa yang tengok filem ni kalau berhati lembut memang akan terjerit-jerit seperti orang gila bersesuaian dengan tajuk filem ni "Scream". Watak utama filem ini  Sidney Prescott (Neve Campbell)dari seorang budak remaja (Scream 1) hingga dia balik semula ke kampung halaman Woodsboro sempena 15 tahun pembunuhan Woodsboro (Scream 4).Kalau cerita semua pun tak bestlah jadinya & kalau nak tahu sangat tiggal google je semua informasi akan keluar.Scream 4 akan keluar 15 April seluruh dunia serentak rasanya.Scream 4 ni aku tak berapa pasti ke "scream" nya kalau nak tahu pergilah tengok nanti. Lagi satu banyak cerita yang beunsur seram akan kelar bulan 4 ini tak kira dari cerita luar atau dari Malaysia sendiri & nilaikan sendiri. 
Aku memang suka tengok cerita ber'genre' "horror & thriller" senang cerita yang ada elemen seram tapi cerita sekarang ini sudah tidak berapa hendak nak menjadi. Lebih kepada unsur kejutan yang berulang-ulang. Kalau penonton bijak akan dapat agak ada babak kejutan selepas ini dan ada adegan yang aku rasa kalau tak ada pun tak apa kot. Susah cerita sekarang ni buat aku seram.

Teringat pulak masa duduk rumah sewa satu rumah sebok nak tengok filem seram tapi nanti tinggal berapa kerat je yang tengok filem tu sampai habis. Monitor pc yang tengok dia orang balik adalah. Kalau budak rumah aku ada baca cerita pasal ini mesti ingat ada orang datang nak serang hendap rumah kita malam 2 @ 3 hari nak puasa & sebelum kejadian tu ada member-member aku yang pakaian dalam dia kena curi walaupun di siang hari.Kejadian memang "SCREAM" sebab pada pukul 11.45 malam kalau tak silap 9 gadis menjerit serentak bila kita orang cuba intip bayang-bayang orang yang sebelum ni kawan aku perasan masa nak cuci tangan dekat sinki dapur (sebab tingkap dapur lansir sekerat). Bayang-bayang lelaki yang masuk ikut pintu gate belakang rumah sewa kita orang terus pergi ke depan rumah & masa tu sliding door tepi rumah terbuka sebab malam tu kita orang panas (tapi grill Lock siap mangga besar). Kita orang yang tengah sedap makan buah & tahu lembut goreng beramai-ramai dikejutkan dengan adegan cuak oleh kawan aku yang basuh tangan tu. Mula-mula ingat dia bergurau kemudian kita 9 orang pergi cuba menghendap dekat slinding door yang tebuka separuh tu & bila kita orang nak dekat boleh orang tu jengok kepala dia dengan selamba (mula lah adegan menjerit-jerit seperti orang gila yang nangis tu mesti adalahkan). lepas tu orang tu boleh belah denagn selamba tanpa rasa cuak, rupanya motor dia dah parking siap-siap belakang rumah sempat kita orang buka pintu dapur (ada grill jugak)sambil memaki dia tapi dia tak mengelabah apa pun & dia pergi macam tu (nombor moto tak sempat ambik belakang rumah gelap gila & otak masa tu blank) . Sebelum kejadian tu aku dengan beberapa budak rumah aku budak art jugak baru je balik dari studio 11.30 malam yang selebihnya memang ada dekat ruamah.Kalau pasal ini aku memang seram sebab ini "REALITI" bukan rekaan semata-mata. Malam kejadian tu aku tidur dengan pelbagai jenis alatan yang boleh mempertahankan diri dari pisau (pelbagai jenis lagi-lagi aku art student ), skru driver, tukul besi & pembaris besi & senang cerita aku tak tidur pun malam tu.Pelbagai pengalaman yang kita perolehi dalam hidup kita & aku harap tak ada yang begitu buruk..itu belum pengalaman mistik lagi..macam-macam cabaran....budak rumah ingat tragedi ini ye sampai bila-bila..       

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...