"Saman tetap Saman" & "Hutang tetap Hutang". Terbang duit penggangur bayar saman. Sebaik ada baki duit simpan sebab tahan supaya tak nak top up handphone. Akhirnya terbang ke tangan pihak "U".
Dengan bangga pergi dekat pejabat pengawal keselamatan. Lepas tu buat senyum kera sumbang tanya "mak guard" "ehhh!! saya datang nak..." belum sempat ayat aku habis terus dia mencelah "Nak bayar saman ye??? Terus pergi kaunter 4 ye!!!". Sebaik aku orang pertama datang sebab masa tu pejabat baru buka sebab baru lepas sembahyang jumaat. Kemudia berderet budak-budak yang sama macam aku nak konvo mahu jelaskan hutang saman yang tertunggak.Dalam proses aku tengah menjelaskan pembayaran saman tu ada seorang udak perempuan ni kena 20 saman dan setiap satu kesalahan di kira RM 25 korang cuba lah kira sendiri dia kena berapa. "Pak Guard yang ada dekat situ pun tetiba bersuara tu baru 20 ada budak sampai 50 ke 60 apa cerita. Tertelan air liur aku mendengar pengakuan "Pak Guard" tu sedangkan aku kena 3 kesalahan je macam nak menjerit je bila bayar. Kalau tak bayar kita pulak tak boleh konvo nanti. Nak merungut pun tak guna sebab masih kena bayar saman sebab kita yang tak ikut peraturan yang diteapkan. Sebaik sebelum sem akhir hari tu aku dah jelaskan saman library. Kes malas nak renew pinjaman buku sebab guna buku yang sama untuk buat thesis.
Sekarang ni aku tinggal nak bayar duit konvo. Seronok nak konvo lagi2 kita orang dapat rasmi dewan baru dan dapat jumpa kawan seperjuangan yang lain. Tapi yang aku agak cuak ada perbualan yang akan melibatkan pekerjaan "Eh..sekarang kerja dekat mana???..bahagian mana??...gagi berapa riban???...erkkk!!!" tak dapat aku nak menjawab semua persoalan itu. Tapi aku seronok tgok semua kawan aku yang sudah bekerja kerana rezeki dia orang sudah sampai dulu.
Pasal hutang pulak aku bukan nak jadi ustazah aku hanya nak kongsi apa yang aku tahu. Aku pun sendiri kena semak semula kalau ada berhutang dengan orang.
Sabda rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh abu hurairah bermaksud:"sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, allah akan membayarkan. tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, allah akan musnahkan harta bendanya." maksud allah akan membayarkan di sini adalah allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu " umar Radiallahuanhu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Seram pulak aku sebab hutang ni kita tidak boleh buat main-main je. Bayarlah walaupun kita kena bayar sikit-sikit walaupun kita berhutang seposen je. Sebab niat kita tetap berhutang.
p/s: kita ini memang tidak sempurna mahupun aku tapi kita akan cuba perbaiki diri kita yang tidak sempurna ini.
No comments:
Post a Comment