minyak terlebih pula masa ni & kurangkan minyak |
Kerja di rumah asyik masak-masak & masak-masak. Kali ni aku nak kongsi resepi daging masak lada hitam atau lebih glamour masak black paper. Aku tak paksa ikut resepi ini 100%. Paksaan tiada di sini.
Resepi Daging Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
- 1 Kilo daging lembu (terpulang bahagian mana yang terbaik batang pinang)
- 1 Labu bawang merah besar (dicingcang halus)
- 6 Ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 Inci halia (dicincang halus)
- 1 1/2 Sudu lada hitam (ditumbuk kasar & lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 1 Biji cili benggala merah (dipotong dadu)
- 1 Biji cili benggala hijau (dipotong dadu)
- 4 sudu kicap manis
- 3 sudu sos tiram
- 1/2 Cawan air rebusan daging
- Garam & Gula (secukup rasa)
- Minyak
- Pertama sekali potong daging nipis secara melawan urat supaya tidak liat. Basuh daging bersih-bersih kemudian rebus daging hingga empuk.
- Kemudian panaskan minyak dalam 3 sudu besar. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau. Jangan lupa masukkan lada hitam.
- Selepas bahan tumisan sudah naik bau kita boleh masukan daging dan kacau hingga sebati. Masukkan air rebusan daging.
- Masukkan kicap manis serta sos tiram dan biarkan seketika untuk sebatikan daging.
- Akhir sekali masukkan potongan cili benggala kemudian serbuk perasa seperti gula dan garam secukup rasa.
- Boleh dihidangkan.
p/s: sesiapa ada tekanan darah tinggi jangan makan daging terlalu banyak. Jaga kesihatan anda :)
No comments:
Post a Comment