2012 sudah datang. Ya maal hijrah 1433H baru sebulan berlalu. Mesti semua orang sudah ada azam baru untuk tahun baru ini. Mesti semua berazam hendak yang terbaik untuk diri & tidak ada yang mahu gagal dalam diri.
"Akhiri 2011 dengan Alhamdulillah & Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim 2012"
Sebut pasal azam baru, bagaimana dengan azam yang lama..sudah tercapai ke?!!. Azam tahun lepas pun tak tercapai-capai.Mungkin kurang berusaha dan kesedaran dalam diri aku. Tapi mungkin ada hikmahnya dengan apa yang sudah aku lalui.Aku berharap tahun baru ini aku dapat seimbangkan antara dunia & akhirat. Yang penting nak dapat kerja tetap nak kumpul duit boleh bagi mak dak kalau boleh kesihatan aku akan lebih baik tahun 2012 ini.
"Andaikan kita akan mati sesaat nanti, Apa yang ada dalam gengaman kita untuk dibawa nanti?"
Sebut sahaja pasal 2012 ini macam-macam spekulasi yang timbul. Tapi kita harus di haluan yang betul.Insyallah...
p/s: Mulakan tahun baru ini dengan memaafkan semua orang & aku pun ingin memohon maaf jika ada melakukan kesilapan kepada sesiapa sahaja. Manusia tidak sempurna..."aku tahu ini macam ayat 'cliché' je oh yeah..".
No comments:
Post a Comment