Kalau sebut pasal isu "diet oh diet !!!" ni memang dah berkarat sungguh idea ni dalam kepala otak aku ni dah jadi tukun aku rasa. Sebenarnya aku pernah berjaya gaklah berdiet ni (yoyo) tapi bila dah selesa dengan apa hasilnya dan otak aku masa tu sudah disumbat dengan tekanan belajar dengan itu istilah berdiet tu macam hangat-hangat tahi ayam je (macam aku seorang je lah yang belajar dekat dalam dunia ni). Sebenarnya aku ni ada satu masalah dan boleh dikatakan satu tabiat yang tak dapat diubah. Aku ni kalau mengalami tekanan atau deperesi atau tension atau bengang atau sewaktu dengannya makanan adalah sahabat sejati aku. Entahlah bila kepuasan makan tu kita rasakan terus sahaja bebanan tekanan tu hilang. Masalah sekarang dah tak belajar pn tabiat tu masih ada lg. Mungkin ada orang lain kat luar sana tu merasakan benda yang sama dengan apa yang aku rasa & mungkin tidak.
Lagi satu memang hobi aku adalah memasak. Boleh tengok "posting" aku sebelum ni aku ada kongsi beberapa resepi. Sekarang ini kedai makanan bersepah lagi-lagi "fast food",hanya pergi je kedai mana yang kita nak.
Tipulah kalau tak ada orang yang bagi nasihat dekat aku "dietlah..dietlah!!". Mungkin senang diorang cakap macam tu sedangkan dia orang tak pernah rasa apa yang aku rasa. Tapi dalam waktu yang sama aku bersyukur yang sebenarnya ramai yang ambil berat pasal aku ni.

"Makan untuk hidup, atau, Hidup untuk makan"
Aku pun dah penat dengan keadaan aku ni. Risau juga dibuatnya yelah mana tau tup!!tup!!tup!! ada penyakit yang paling parah datang penyakit siap pakej lagi. Ishh!!! simpang malaikat 44.Aku harap dapat tahan godaan makanan yang sentiasa memikat aku dengan rakusnya ha..haaha..haaa!!!. Memang manusia ada seribu alasan untuk mengelak sesuatu tu..yang penting kita kena berusaha untuk mencapai sesuatu yang dingini..
Isshhhh!! boleh ke aku ni...mari kita ubah pemakanan & aktiviti kita kearah yang sihat..untuk diri yang sihat...Malaysia boleh aku mesti boleh..2012 nak datang menjengah ni....
p/s:Kuat ke usaha aku sekarang ini???!!!..... kalau nak tahu lebih lanjut mengenai pengambilan makanan yang betul pegi klik link disini>>> piramid makanan
No comments:
Post a Comment