Wednesday, March 30, 2011

"Adik pun nak check up gak ke???" Errrkkkkkk!!!!!!!!!!!! ^^"

Adik pun nak check up gak ke???
Errrkkkkkk!!!!!!!!!!!! ^^"

Ini kes yang akan terjadi bila kita menemankan orang lain untuk pregnant mums check up every month..Terpaku aku dibuatnya....bila ada seorang kakak ini tiba-tiba duduk sebelah aku sambil bertanya dengan yakin..."Adik pun nak check up gak ke???"....Krackkkkkkk!!!!..tetiba otak aku rasa blur + kosong gila...aku pn jawab Errrrrkkkkk!!!!! aku pun dengan rasa minda kosong terus tunjuk seorang bakal ibu dekat sebelah kanan aku pulak...Saya temankan kakak saya!!!!ehhhh...Sambil bibir aku mengeluarkan senyuman kera sumbang...Kakak aku punya lah suka kalau boleh dia nak gelak sambil terguling-guling dekat klinik tu....sengal gila aku rasa..tapi bila aku kenang balik "tragedi semalam" hahaa aku pun nak gelak terguling-guling...Nikah pun tak pernah inikan nak pergi check up mengandung...Damn!!!

Temankan kakak aku check up dekat klinik yang dikerumuni dengan baby & budak kecik memang seronok. Boleh tengok ragam-ragam dia orang yang comel. Ada tu kita tengok baby tu macam sehat je..tapi ada masalah kuman dekat paru-paru..harap "si comel" akan sehat dengan kuat..Tak lupa ragam mak bapak yang kadang macam kelakar pun ada...ini waktunya perjumpaan "mak-mak" & "ayah-ayah". Macam-macam topik boleh kita "curi-curi dengar" dari topik anak-anak, resepi berpantang,bengkel kereta,pakcik nasi lemak,friendster & banyak lagi. Banyak kali tetiba aku akan tergelak kecil dengan macam-macam ragam manusia...kalau ada orang perasan mesti dia orang kata budak ni dah suku ke otak ke...:)

GILA kalau aku kata aku tak suka baby @ budak-budak. dia oranglah mahluk tuhan yang paling suci, tulus,jujur, & banyak benda yang baik-baik je. Tapi sesiapa yang "notty" tu ada hadiahnya lh..haahaa..
 
Si comel ini semua bukan aku punya..ini semua ada adik sepupu dengan anak sepupu :)

Tapi yang menjadi isu yang asyik di berbangkit-bangkitkan "Bolehkah hospital atau klinik kerajaan meningkatkan sistem perkhidmatannya".Aku bukan hendak merungut tapi alasan yang aku selalu dapat kerajaan ni free kalau nak cepat pergi swastalah. Setiap skop pekerjaan ada masalah, dugaan & cabaran jadi kita harus sentiasa mempertingkatkan kekurangan kita. Kerjakan di bayar bukan free pun tapi kenapa "servis" tu tak sistematik dan tak relevan dengan zaman sekarang. Ini hanya pandangan aku takda nak sentuh sensetiviti orang lain..:)

Thursday, March 24, 2011

Lie to Me

 If you looking for the truth, always look closer 
Kita semua pernah melakukan pembohongan antara niat itu untuk kebaikan atau sebaliknya. Bohong kalau kita tidak pernah berbohong. Kadang dalam tidak kita sedar kita akan berbohong untuk kepuasan dan keinginan kita.

Sebagai contoh:
* Sipolan 1: Eh cantik design aku ni? Jawab jujur tau..
  Sipolan 2: Menarik ni..dah cukup perfect!!
  Sipolan 1: Betul ke ni..betul ke??
  Sipolan 2: Betul..betul...betul
(sebenarnya sipolan 2 nk bagi tahu sipolan 1: Ishhh banyak kena betulkan ni..typo error...color salah...macam mana nak cakap.. kalau tego mesti sentap..aish!!!!!!!!!)
Aku hanya nak share benda ni sebab sekarang ni aku "banyak masa" dekat rumah aku tidak pernah "miss" cita ni dekat FOX channel Astro. Lie to Me ini adalah drama bersiri yang bagi aku menarik dan mencabar minda kita untuk berteka-teka. Dramaini be inspirasi oleh penemua sainstifik seaorang psikologi  yang boleh membaca manual yang terdapat di dalam diri kita seperti pergerakan tubuh,wajah dan suara manusia untuk mendedahkan kebenaran siasatan jenayah. Kalau kita sudah pakar nanti cuba aplikasi benda ini pada orang lain. Huru-hara aku rasa sebab "Truth Hurts". Cuba tengok video promo dibawah.

Kalau rajin cuba benda ini "Lie Detection Tests

Wednesday, March 23, 2011

This is only for women : ‘dysmenorrhoea’

Bagi kaum-kaum hawa atau bernama perempuan mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Ada yang terguling-guling, menonggeng-nonggeng, tertiarap, terlentang & apa cara gaya dibuatpun akan jadi serba tak kena.Kalau boleh kita yang mengalami tengah senggugut ini hanya akan duduk dalam rumah je dan tak mahu ke kerja ataupun sekolah. Mungkin bagi segelintir yang "tak pernah" mengalami senggugut terutama kaum lelaki menganggap ini  hanyalah sekadar sakit perut yang biasa seperti sakit perut yang nak melabur tu.



SENGGUGUT

  • Senggugut dari segi istilah perubatannya adalah ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit . Erti kata lain ia juga diistilahkan kejang atau 'cramp' di bawah bahagian perut. Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Bagi sesiapa yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.
DISMENOREA PRIMER

Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.   

Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini. Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.

Ianya selalu berlaku dengan
  • rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Symptom Pramensus(PMS), seperti :

    * tegang pada payu-dara
    * pening kepala ,
    * rasa ‘pitam’   
    * perut kembung
    * mual dan muntah
    * sembelit atau ceret-beret 
    * tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah

Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari.Selalunya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun akan hilang.
Faktor risiko mengalami Dismenore Primer adalah dikalangan berikut iaitu kanak-kanak yang baligh awal ( seawal umur 11 tahun atau awal lagi) atau sejarah keluarga yang mengalami senggugut.
DISMENOREA SEKUNDER

Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:
  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Tidak semua orang yang datang haid mengalami senggugut ia hanya terjadi pada sesetengah orang sahaja. Ini terjadi kerana sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada senggugut. Gen menyebabkan seseorang mengalami tahap senggugut yang berbeza. Ini juga terjadi dengan pegaruh diet seharian seseorang itu seperti makanan yang berlemak, rendah protin dan rendah serat dengan risiko yang tinggi.

CARA RAWATAN

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Kita boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan kita:
  • Perbaiki diet: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kita.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kita. Beritahu doktor kita sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kita yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kita boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kita didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kita boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kita juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

Bab perbaiki diet memang agak payah bagi aku tetapi aku sedang cuba. Kalau semua perkara dia atas sudah kita buat atau amalkan tetapi masih mengalami kesakitan juga. Jangan biarkan sakit itu menular dan kita hanya terbaring di atas katil. Cuba:
  • Makan pil penahan sakit: terdapat banyak jenis-jenis pil penahan sakit kat kedai farmasi atau klinik (panadol, paracetamol & ponstan). Jangan makan ubat yang sebarangan & tidak diiktiraf oleh kementerian kesihatan.Kalau kita tidak pasti pergi jumpa doktor.
  • Tuam perut: Aku selalu buat benda ini. Senang je ambil tuala rendam dengan air suam dan selepas diperah kita tyuam je kat bahagia perut yang sakit. Tapi kalau hendak mudah tuang air suam dalam botol lepas tu tuam sahaja dekat perut kita itu.
  • Tenang diri: Baringkan diri kita di posisi yang kita selesa. Padamkan lampu bilik kita & tidur seketika kalu boleh.



Kalau kita sendiri masih ragu-ragu & tidak pasti pergi berjumpa doktor untuk menerima nasihat serta rawatan sewajarnya. Ambil cuti bila mengalami kesakitan yang teruk sampai kita tidak dapt berbuat apa-apa.Masa-masa macam ini emosi kita ini turn naik nant tak pasal-pasal kita maki lecturer, cikgu, bos, kawan, & lebih haru lagi kalau orang yang tidak kita kenal jadi mangsa maki kita. Waktu macam ini jangan kita ikutkan emosi kita sangat tarik nafas dalam-dalam & lepakan perlahan-lahan. Insyallah semua masalah ada jalannya. Peace :D 

Wednesday, March 16, 2011

Jadi Mak Guard

Tension betul aku kalau nak mencuri sangat tolonglah pergi mencuri rumah orang kaya ke atau bank terus ke. Ini tak rumah aku juga nak disasarnya.Sebaik tak sempat masuk ishhhh!! simpang malaikat 44 kalau pencuri tu cuba datang lagi. Yang aku tak faham sangat tu kenapa perlu jadi pencuri sedangkan cukup tulang empat kerat tu untuk bekerja.Senang-senang nak curi "hasil" keringat orang lain lepas tu bagi anak bini makan kalau tak makan jadi darah daging yang mengalir dalam badan untuk support hidup.

Berderau darah aku bila nampak bayang-bayang cuba mengintai rumah aku. Pencuri ni memang tegar sebab lampu rumah masih terpasang, telivision pun masih terpasang dan sebelum tu aku memang ada terdengar bunyi tapak kaki berjalan terlanggar atap zink yang aku letak dekat setiap tingkap rumah. Dua minggu sebelum kejadian malam tadi ada juga orang cuba mengintai rumah aku gak. aku  rasa memang orang yang sama waktu dia pun sama dalam pukul 2 pagi dan tahun lepas pun ada gak nasib baik adik  aku pun jaga gak. Cuak GILA dah lah kakak aku tengah mengandung kalau apa-apa terjadi macam mana terkejut pun dan boleh memudaratkan.

Sekarang ni aku kena lah tidur lewat dari yang lain sebab aku tak bekerja lagi. Seram gak aku kena "berkawal" ni tapi memang aku pasti pecuri tu akan datang lagi rumah aku. Pencuri ni memang dah aimed kawasan rumah aku dia akan cuba nasib gak tuk datang lagi.Aku harap pencuri ni bukanlah orang yang kita kenal sebab sedih aku rasa bila orang yang kita kenal sanggup buat macam tu dekat family kita lagi-lagi kalau saudara kita sendiri adalah pencuri tu. Aku nak share tips pencegahan rumah dari kena pecah masuk.



ASAS TIPS PENCEGAHAN RUMAH DARI PENCURI

Tips ini boleh digunakan ketika kita ada atau tiada dirumah.

1. Periksa kesemua akses masuk rumah seperti pintu dan tingkap pastikan ditutup rapat dan dikunci dengan betul.Sebaik-baiknya kesemua akses digril dan di mangga atau dikunci @ diselak keselamatan.Seeloknya guna selak tanggam puting (mortise security bolts). Jangan menggunakan padlock atau mangga yang berbentuk empat segi kerana yang jenis ini mudah dibuka menggunakan asid.Gunakan mangga atau padlock jenis tembaga sebab ia lebih kukuh.
 2. Sila pastikan di luar kawasan rumah jangan terdapat barang ataupun alatan yang boleh membantu pencuri untuk memasuki rumah kita seperti tangga, pengumpil (crowbars), gunting rumput, cangkul etc.

3. Sila rajin-rajin mengemas kawasan rumah. Jangan sampai semak samun panjang menutup kawasan rumah dan barang lain yang besar seperti alamari. Sebab ini menyenangkan pencuri untuk bersembunyi sebelum menyerbu masuk rumah kita.

4. Pasanglah lampu di kawasan yang gelap atau menjadi akses bagi pencuri. Janganlah kedekut sangat ini boleh membantu jika bernasib baik mungkin ada jiran lain boleh ternampak kelibat pencuri itu mengintai-intai atau sedang mengumpil rumah kita.

5. JANGAN simpan kunci pendua (spare) di luar kawasan rumah. Kita selalunya akan selit kunci pendua dibawah lapik pasu tau didlam rak kasut diluar rumah. Ini memang memberi bonus kepada pencuri.

6. Kalau tiba-tiba ada orang tau pelawat datang rumah tidak kra pada waktu malam atau siang sekalipun. Janganlah dengan senang hati terus membuka pintu dan grill umah sekali. Pastikan dulu siapa pelawat tersebut apabila yakin baru mengambil tindakan seterusnya.

7. Beramah mesra dengan jiran tertangga. Kerana bila kita hidup di kawasan kejiranan perlu lah ramah kerana kita mungkin perlukan pertolongan antara satu sama lain. Seperti bila ingin pulang ke kampung kita boleh meminta pertolongan jiran kita untuk melihat-lihat kan rumah kita. Jangan jadi katak bawah tempurung sampai nama jiran pun tak tau.

8. Kalau ada kewangan yang lebing pasang cctv di setiap sudut kawasan rumah serta alarm security yang boleh membantut pergerakaan pencuri daripecah masuk kawasan rumah kita.

9. Simpan no telefon polis yang berhampiran sekali dengan kawasan rumah kita atau 999. Kalu boleh letak dalam speed dial kita supaya dalam waktu cemas nanti tak terkial-kial pulak mencari nombor polis hai maklum lah nombor telefon kawan kita banyak sangat mengalahkan PM. Simpan juga no telefon  jiran tetangga kita senang kalau ada kecemasan nanti.

10. Maklumkan pada jiran dan polis jika tiada di rumah untuk waktu jangka masa yang panjang atau pendek.Ini boleh membantu jiran atau polis untuk memastikan keselamatan dan melakukan pengawasan di rumah anda. Tidak seperti kes yang selau kita dengar kerana jiran tak tahu mungkin kita hendak berpindah sebab pencuri sudah siap bawak satu lori nak angkut semua barang rumah kita.

11. Bila kita tidak ada dirumah unbtuk waktu jungka masa yang panjang jangan kita meletak tanda-tanda pengenalan yang kita berkurun tak ada dekat rumah. Seperti hentikan penghantaran surat khabar kerana mengelakkan ia bertimbun di depan rumah. Jangan biar lampu depan rumah biar terpasang 24 jam. Pencuri sekarang ni cerdik.

12. Elak menyimpan wang tunai yang banyak didalam rumah. Kalau terdapat barang-barang nerharga seperti barang kemas, laptop, kamera atau handphone tolonglah sorok di tempat yang selamat. Bukan ditayang-tayang. 

13. Bagi yang beragama islam boleh berdoa dan membaca “ayat-ayat pelindung seperti Ayatul Kursi, ayat Tujuh dan Tiga Qul”.



Aku harap sangat janganlah pencuri datang atau cuba nak masuk rumah aku. Tinggal bertawakal supaya pencuri tu lupa mana rumah aku. Aku harap dia cari kerja yang HALAL sebab setiap masalah ada penyelesaiannya.Janji kita dah buat kesemua tips-tips keselamatan dari mengelak pencuri pecah masuk.Amen...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...