Wednesday, March 16, 2011

Jadi Mak Guard

Tension betul aku kalau nak mencuri sangat tolonglah pergi mencuri rumah orang kaya ke atau bank terus ke. Ini tak rumah aku juga nak disasarnya.Sebaik tak sempat masuk ishhhh!! simpang malaikat 44 kalau pencuri tu cuba datang lagi. Yang aku tak faham sangat tu kenapa perlu jadi pencuri sedangkan cukup tulang empat kerat tu untuk bekerja.Senang-senang nak curi "hasil" keringat orang lain lepas tu bagi anak bini makan kalau tak makan jadi darah daging yang mengalir dalam badan untuk support hidup.

Berderau darah aku bila nampak bayang-bayang cuba mengintai rumah aku. Pencuri ni memang tegar sebab lampu rumah masih terpasang, telivision pun masih terpasang dan sebelum tu aku memang ada terdengar bunyi tapak kaki berjalan terlanggar atap zink yang aku letak dekat setiap tingkap rumah. Dua minggu sebelum kejadian malam tadi ada juga orang cuba mengintai rumah aku gak. aku  rasa memang orang yang sama waktu dia pun sama dalam pukul 2 pagi dan tahun lepas pun ada gak nasib baik adik  aku pun jaga gak. Cuak GILA dah lah kakak aku tengah mengandung kalau apa-apa terjadi macam mana terkejut pun dan boleh memudaratkan.

Sekarang ni aku kena lah tidur lewat dari yang lain sebab aku tak bekerja lagi. Seram gak aku kena "berkawal" ni tapi memang aku pasti pecuri tu akan datang lagi rumah aku. Pencuri ni memang dah aimed kawasan rumah aku dia akan cuba nasib gak tuk datang lagi.Aku harap pencuri ni bukanlah orang yang kita kenal sebab sedih aku rasa bila orang yang kita kenal sanggup buat macam tu dekat family kita lagi-lagi kalau saudara kita sendiri adalah pencuri tu. Aku nak share tips pencegahan rumah dari kena pecah masuk.



ASAS TIPS PENCEGAHAN RUMAH DARI PENCURI

Tips ini boleh digunakan ketika kita ada atau tiada dirumah.

1. Periksa kesemua akses masuk rumah seperti pintu dan tingkap pastikan ditutup rapat dan dikunci dengan betul.Sebaik-baiknya kesemua akses digril dan di mangga atau dikunci @ diselak keselamatan.Seeloknya guna selak tanggam puting (mortise security bolts). Jangan menggunakan padlock atau mangga yang berbentuk empat segi kerana yang jenis ini mudah dibuka menggunakan asid.Gunakan mangga atau padlock jenis tembaga sebab ia lebih kukuh.
 2. Sila pastikan di luar kawasan rumah jangan terdapat barang ataupun alatan yang boleh membantu pencuri untuk memasuki rumah kita seperti tangga, pengumpil (crowbars), gunting rumput, cangkul etc.

3. Sila rajin-rajin mengemas kawasan rumah. Jangan sampai semak samun panjang menutup kawasan rumah dan barang lain yang besar seperti alamari. Sebab ini menyenangkan pencuri untuk bersembunyi sebelum menyerbu masuk rumah kita.

4. Pasanglah lampu di kawasan yang gelap atau menjadi akses bagi pencuri. Janganlah kedekut sangat ini boleh membantu jika bernasib baik mungkin ada jiran lain boleh ternampak kelibat pencuri itu mengintai-intai atau sedang mengumpil rumah kita.

5. JANGAN simpan kunci pendua (spare) di luar kawasan rumah. Kita selalunya akan selit kunci pendua dibawah lapik pasu tau didlam rak kasut diluar rumah. Ini memang memberi bonus kepada pencuri.

6. Kalau tiba-tiba ada orang tau pelawat datang rumah tidak kra pada waktu malam atau siang sekalipun. Janganlah dengan senang hati terus membuka pintu dan grill umah sekali. Pastikan dulu siapa pelawat tersebut apabila yakin baru mengambil tindakan seterusnya.

7. Beramah mesra dengan jiran tertangga. Kerana bila kita hidup di kawasan kejiranan perlu lah ramah kerana kita mungkin perlukan pertolongan antara satu sama lain. Seperti bila ingin pulang ke kampung kita boleh meminta pertolongan jiran kita untuk melihat-lihat kan rumah kita. Jangan jadi katak bawah tempurung sampai nama jiran pun tak tau.

8. Kalau ada kewangan yang lebing pasang cctv di setiap sudut kawasan rumah serta alarm security yang boleh membantut pergerakaan pencuri daripecah masuk kawasan rumah kita.

9. Simpan no telefon polis yang berhampiran sekali dengan kawasan rumah kita atau 999. Kalu boleh letak dalam speed dial kita supaya dalam waktu cemas nanti tak terkial-kial pulak mencari nombor polis hai maklum lah nombor telefon kawan kita banyak sangat mengalahkan PM. Simpan juga no telefon  jiran tetangga kita senang kalau ada kecemasan nanti.

10. Maklumkan pada jiran dan polis jika tiada di rumah untuk waktu jangka masa yang panjang atau pendek.Ini boleh membantu jiran atau polis untuk memastikan keselamatan dan melakukan pengawasan di rumah anda. Tidak seperti kes yang selau kita dengar kerana jiran tak tahu mungkin kita hendak berpindah sebab pencuri sudah siap bawak satu lori nak angkut semua barang rumah kita.

11. Bila kita tidak ada dirumah unbtuk waktu jungka masa yang panjang jangan kita meletak tanda-tanda pengenalan yang kita berkurun tak ada dekat rumah. Seperti hentikan penghantaran surat khabar kerana mengelakkan ia bertimbun di depan rumah. Jangan biar lampu depan rumah biar terpasang 24 jam. Pencuri sekarang ni cerdik.

12. Elak menyimpan wang tunai yang banyak didalam rumah. Kalau terdapat barang-barang nerharga seperti barang kemas, laptop, kamera atau handphone tolonglah sorok di tempat yang selamat. Bukan ditayang-tayang. 

13. Bagi yang beragama islam boleh berdoa dan membaca “ayat-ayat pelindung seperti Ayatul Kursi, ayat Tujuh dan Tiga Qul”.



Aku harap sangat janganlah pencuri datang atau cuba nak masuk rumah aku. Tinggal bertawakal supaya pencuri tu lupa mana rumah aku. Aku harap dia cari kerja yang HALAL sebab setiap masalah ada penyelesaiannya.Janji kita dah buat kesemua tips-tips keselamatan dari mengelak pencuri pecah masuk.Amen...

1 comment:

nasya naim said...

::perompak bengong..curi arnab x lepas..hahhaha::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...