Wednesday, March 23, 2011

This is only for women : ‘dysmenorrhoea’

Bagi kaum-kaum hawa atau bernama perempuan mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Ada yang terguling-guling, menonggeng-nonggeng, tertiarap, terlentang & apa cara gaya dibuatpun akan jadi serba tak kena.Kalau boleh kita yang mengalami tengah senggugut ini hanya akan duduk dalam rumah je dan tak mahu ke kerja ataupun sekolah. Mungkin bagi segelintir yang "tak pernah" mengalami senggugut terutama kaum lelaki menganggap ini  hanyalah sekadar sakit perut yang biasa seperti sakit perut yang nak melabur tu.



SENGGUGUT

  • Senggugut dari segi istilah perubatannya adalah ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit . Erti kata lain ia juga diistilahkan kejang atau 'cramp' di bawah bahagian perut. Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Bagi sesiapa yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.
DISMENOREA PRIMER

Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.   

Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini. Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.

Ianya selalu berlaku dengan
  • rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Symptom Pramensus(PMS), seperti :

    * tegang pada payu-dara
    * pening kepala ,
    * rasa ‘pitam’   
    * perut kembung
    * mual dan muntah
    * sembelit atau ceret-beret 
    * tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah

Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari.Selalunya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun akan hilang.
Faktor risiko mengalami Dismenore Primer adalah dikalangan berikut iaitu kanak-kanak yang baligh awal ( seawal umur 11 tahun atau awal lagi) atau sejarah keluarga yang mengalami senggugut.
DISMENOREA SEKUNDER

Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:
  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Tidak semua orang yang datang haid mengalami senggugut ia hanya terjadi pada sesetengah orang sahaja. Ini terjadi kerana sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada senggugut. Gen menyebabkan seseorang mengalami tahap senggugut yang berbeza. Ini juga terjadi dengan pegaruh diet seharian seseorang itu seperti makanan yang berlemak, rendah protin dan rendah serat dengan risiko yang tinggi.

CARA RAWATAN

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Kita boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan kita:
  • Perbaiki diet: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kita.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kita. Beritahu doktor kita sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kita yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kita boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kita didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kita boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kita juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

Bab perbaiki diet memang agak payah bagi aku tetapi aku sedang cuba. Kalau semua perkara dia atas sudah kita buat atau amalkan tetapi masih mengalami kesakitan juga. Jangan biarkan sakit itu menular dan kita hanya terbaring di atas katil. Cuba:
  • Makan pil penahan sakit: terdapat banyak jenis-jenis pil penahan sakit kat kedai farmasi atau klinik (panadol, paracetamol & ponstan). Jangan makan ubat yang sebarangan & tidak diiktiraf oleh kementerian kesihatan.Kalau kita tidak pasti pergi jumpa doktor.
  • Tuam perut: Aku selalu buat benda ini. Senang je ambil tuala rendam dengan air suam dan selepas diperah kita tyuam je kat bahagia perut yang sakit. Tapi kalau hendak mudah tuang air suam dalam botol lepas tu tuam sahaja dekat perut kita itu.
  • Tenang diri: Baringkan diri kita di posisi yang kita selesa. Padamkan lampu bilik kita & tidur seketika kalu boleh.



Kalau kita sendiri masih ragu-ragu & tidak pasti pergi berjumpa doktor untuk menerima nasihat serta rawatan sewajarnya. Ambil cuti bila mengalami kesakitan yang teruk sampai kita tidak dapt berbuat apa-apa.Masa-masa macam ini emosi kita ini turn naik nant tak pasal-pasal kita maki lecturer, cikgu, bos, kawan, & lebih haru lagi kalau orang yang tidak kita kenal jadi mangsa maki kita. Waktu macam ini jangan kita ikutkan emosi kita sangat tarik nafas dalam-dalam & lepakan perlahan-lahan. Insyallah semua masalah ada jalannya. Peace :D 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...