Sesiapa yang tengok filem ni dari Scream 1, 2, & 3 mesti tahu pasal jalan cerita ni. Mengaplikasikan genre "horror & thriller" filem ini senang cerita pasal bunuh-membunuh. Sesiapa yang tengok filem ni kalau berhati lembut memang akan terjerit-jerit seperti orang gila bersesuaian dengan tajuk filem ni "Scream". Watak utama filem ini Sidney Prescott (Neve Campbell)dari seorang budak remaja (Scream 1) hingga dia balik semula ke kampung halaman Woodsboro sempena 15 tahun pembunuhan Woodsboro (Scream 4).Kalau cerita semua pun tak bestlah jadinya & kalau nak tahu sangat tiggal google je semua informasi akan keluar.Scream 4 akan keluar 15 April seluruh dunia serentak rasanya.Scream 4 ni aku tak berapa pasti ke "scream" nya kalau nak tahu pergilah tengok nanti. Lagi satu banyak cerita yang beunsur seram akan kelar bulan 4 ini tak kira dari cerita luar atau dari Malaysia sendiri & nilaikan sendiri.
Aku memang suka tengok cerita ber'genre' "horror & thriller" senang cerita yang ada elemen seram tapi cerita sekarang ini sudah tidak berapa hendak nak menjadi. Lebih kepada unsur kejutan yang berulang-ulang. Kalau penonton bijak akan dapat agak ada babak kejutan selepas ini dan ada adegan yang aku rasa kalau tak ada pun tak apa kot. Susah cerita sekarang ni buat aku seram.
Teringat pulak masa duduk rumah sewa satu rumah sebok nak tengok filem seram tapi nanti tinggal berapa kerat je yang tengok filem tu sampai habis. Monitor pc yang tengok dia orang balik adalah. Kalau budak rumah aku ada baca cerita pasal ini mesti ingat ada orang datang nak serang hendap rumah kita malam 2 @ 3 hari nak puasa & sebelum kejadian tu ada member-member aku yang pakaian dalam dia kena curi walaupun di siang hari.Kejadian memang "SCREAM" sebab pada pukul 11.45 malam kalau tak silap 9 gadis menjerit serentak bila kita orang cuba intip bayang-bayang orang yang sebelum ni kawan aku perasan masa nak cuci tangan dekat sinki dapur (sebab tingkap dapur lansir sekerat). Bayang-bayang lelaki yang masuk ikut pintu gate belakang rumah sewa kita orang terus pergi ke depan rumah & masa tu sliding door tepi rumah terbuka sebab malam tu kita orang panas (tapi grill Lock siap mangga besar). Kita orang yang tengah sedap makan buah & tahu lembut goreng beramai-ramai dikejutkan dengan adegan cuak oleh kawan aku yang basuh tangan tu. Mula-mula ingat dia bergurau kemudian kita 9 orang pergi cuba menghendap dekat slinding door yang tebuka separuh tu & bila kita orang nak dekat boleh orang tu jengok kepala dia dengan selamba (mula lah adegan menjerit-jerit seperti orang gila yang nangis tu mesti adalahkan). lepas tu orang tu boleh belah denagn selamba tanpa rasa cuak, rupanya motor dia dah parking siap-siap belakang rumah sempat kita orang buka pintu dapur (ada grill jugak)sambil memaki dia tapi dia tak mengelabah apa pun & dia pergi macam tu (nombor moto tak sempat ambik belakang rumah gelap gila & otak masa tu blank) . Sebelum kejadian tu aku dengan beberapa budak rumah aku budak art jugak baru je balik dari studio 11.30 malam yang selebihnya memang ada dekat ruamah.Kalau pasal ini aku memang seram sebab ini "REALITI" bukan rekaan semata-mata. Malam kejadian tu aku tidur dengan pelbagai jenis alatan yang boleh mempertahankan diri dari pisau (pelbagai jenis lagi-lagi aku art student ), skru driver, tukul besi & pembaris besi & senang cerita aku tak tidur pun malam tu.Pelbagai pengalaman yang kita perolehi dalam hidup kita & aku harap tak ada yang begitu buruk..itu belum pengalaman mistik lagi..macam-macam cabaran....budak rumah ingat tragedi ini ye sampai bila-bila..
2 comments:
huhu..menakutkan...saye pon pnah kne hendap ngan mat gila sex scra terang2an..gilor punye org..
memang takut gila kot..terjerit-jerit seperti orang gila..pengalaman yang xnk kita rasa lagi..simpang btol....-_-
Post a Comment