Tuesday, June 19, 2012

Potong Sana!! Potong Sini!!

Sebagai orang yang sudah “BEKERJAYA” memang banyak tanggungjawab yang hendak digalas.  Setiap hujung bulan akan menanti tarikh atau waktu yang sama. Hati dengan penuh gembira serta bangga teramat sangat menuju ke suatu destinasi. Hati begitu tidak sabar untuk berjumpa sahabat setia menunggu setiap hujung bulan yang pasti akan berjumpa. Sampai disana dengan pernuh debaran kita akan menekan kekunci dan yang paling utama adalah memilih untuk menyemak “baki terakhir”. Muka akan tersenyum sampai ke telinga apabila baki itu bertambah tapi muka akan muram serta marah apabila baki itu tidak bertambah sejak baki yang terkhir dulu. Itulah kehidupan wajib orang yang sudah bergaji tapi ia tidak berakhir disitu.

Ok ayat agak berbunga sedikit. Kita mesti pernah terpikir macam mana mak atau ayah kita uruskan kewangan mereka setiap bulan. Kalau yang tidak pernah terpikir aku tak tau nak cakap apalah… melainkan engkau orang memang anak yang begitu kaya “Oh yeah”.

Pengurusan kewangan yang baik perlu kita adakan setiap bulan untuk mengelakkan kita sudah “sesak” walaupun masih awal bulan. Jangan lah setiap kali ke mesin ATM tu kita tidak buat perancangan yang sebetulnya. Kalau tidak nilai duit yang dicucuk tidak akan sama dengan nilai duit yang masih tinggal di dalam dompet kita.

Aku bukan nak cakap yang aku ni sudah cukup pandai nak kawal kewangan kita. Kadang-kadang pun aku sesak juga bila nak dekat hujung bulan tu. Tapi apabila setiap kali kita “bergaji”  kemudian duit tunai berada di tangan kita dengan penuh hawa “nafsu” serta bersifat “pemurah” walaupun untuk diri sendiri…hahaha..apa lagi makin surutlah ketebalan dompet kita. 

Ok ini aku hendak kongsi tips pendek yang aku tak pastilah yang pakar ekonomi Malaysia akan bersetuju dengan aku ke tak.

1.Senaraikan segala hutang-piutang
  - kalau kita tak nak dibelenggu masalah duit kita kena langsaikan semua hutang-piutang dulu.Kalau tidak masalah duit @ wang ni memang tak akan habis. Tak apa kalau kita tak boleh langsai sekali terus. Janji kita cuba langsaikan sikit demi sikit samapai habis. Bil-bil terkira dalam hutang & elak kan tunggakan.

2. Berikan pada yang "UTAMA"
   - Pertama sekali kita senaraikan keperluan mengikut ke"utama"an atau yang paling penting. Sebagai contoh keperluan dapur, perbelanjaan kenderaan, tol, & termasuk bil-bil. Ada orang akan kata "skemalah ko ni nak ada senarai perbelajaan bulanan lah bagai". Ini untuk mengelakan kita membelanjakan duit kita pada benda yang tidak penting terlebih dahulu. Nanti tak ada timbul isu duit "short" atau dah habis lansung. kalau kita ikut senarai itu kita boleh tau berapa jumlah perbelanjaan setiap bulan kita.Dengan itu jugak kita boleh agak perbelanjaan bulan berikutnya.

3. Simpanan
    - Walaupun sedikit baki yang kita ada selepas beberlanja kita harus buat simpanan. Mula agak payah, tapi bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Dengan simpanan ini kita boleh gunakan apabila ada kecemasan atau aktiviti yang lain macam bercuti, membeli-belah dan sebagainya. 

3. Derma
    - Ingat kesenangan kita boleh kongsikan sedikit dengan orang yang memerlukanya. Yang penting ikhlas dan tiada paksaan. Setiap perbelanjaan kita harus disenaraikan dan disimpan sebagai rujukan kita kelak..

p/s:menjelang perayaan Aidilfitri ni..yg tolak tidur, tolak makan, tolak bercakap..kejap je lg akan menjengah.. banyak lagi duit kita akan melayang dengan sewenang-wenangnya..jangan kata perayaan je..bulan puasa ni pun nafsu makan kita akan menyebabkan poket kita kering..:)

Friday, April 27, 2012

Indah Khabar Daripada Rupa

Ini adalah peribahasa melayu yang akan kita gunakan, apabila sesuatu yang kita jangkakan tidak sehebat yang kita harapkan.

Indah khabar daripada rupa

Ceritanya lebih hebat daripada yang sebenar atau
Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya 

Perkara dia atas mungkin semua orang pernah merasai.

Ok aku sekarang sudah dapat kerja dan amat bersyukur sekali. Alam perkerjaan memang banyak dugaan nya. Jauh dari jangkaan kita. Aku harap dapat harungi cabaran mencari rezeki dekat "company" ni  dan ada peluang yang lebih cerah dalam kerjaya aku masa akan datang. 

sebaik ada mia hiburkan mak angah :)


p/s: Setiap jalan yang kita pilih mesti ada rezekinya dengan  izin ALLAH. Keluarga adalah penguat & kecekalanku..

Wednesday, January 25, 2012

Sambal belacan mangga

Ok, beberapa hari yang lalu aku ada buat sambal belacan mangga kiranya untuk pembuka selera 2012.Senang je nak buat menu ni sebab tidak memerlukan teknik masakan yang melampau.
Bahan-bahan:
(A)
1@2 biji     Mangga (muda @ sudah masak)
(B)
3 tangkai    Cili merah
4@6 tangkai  Cili padi (bagi yang suka pedas lebih)
1 inci       Belacan (panggang jangan sampai hangus)
1 sudu       Gula & garam (bagi seimbang rasa)
Cara-cara:
Teramatlah mudah. Sekarang pergi ke dapur anda untuk mecari lesung batu. Dengan penuh tenaga tumbuk semua bahan (B) terpulang selera diri nak tumbuk lumat atau kasar. Kemudian mangga (A) boleh diracik halus atau dipotong kasar. Temukan bahan (A) & bahan (B) digaul mesra. Boleh dihidangkan.

Selain itu, anda boleh ganti buah mangga dengan buak kuini. Wow mesti terangkat gila. Selamat mencuba ye..


p/s: semudah langkah 1..2..3..macam pernah dengar 'tagline' ni kan...yang penting selamat mencuba..



Sunday, January 1, 2012

Dia datang....2012

2012 sudah datang. Ya maal hijrah 1433H baru sebulan berlalu.  Mesti semua orang sudah ada azam baru untuk tahun baru ini. Mesti semua berazam hendak yang terbaik untuk diri & tidak ada yang mahu gagal dalam diri.
"Akhiri 2011 dengan Alhamdulillah & Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim 2012"
Sebut pasal azam baru, bagaimana dengan azam yang lama..sudah tercapai ke?!!. Azam tahun lepas pun tak tercapai-capai.Mungkin kurang berusaha dan kesedaran dalam diri aku. Tapi mungkin ada hikmahnya dengan apa yang sudah aku lalui.Aku berharap tahun baru ini aku dapat seimbangkan antara dunia & akhirat. Yang penting nak dapat kerja tetap nak kumpul duit boleh bagi mak dak kalau boleh kesihatan aku akan lebih baik tahun 2012 ini.
"Andaikan kita akan mati sesaat nanti, Apa yang ada dalam gengaman kita untuk dibawa nanti?"
Sebut sahaja pasal 2012 ini macam-macam spekulasi yang timbul.  Tapi kita harus di haluan yang betul.Insyallah...

p/s: Mulakan tahun baru ini dengan memaafkan semua orang & aku pun ingin memohon maaf jika ada melakukan kesilapan kepada sesiapa sahaja. Manusia tidak sempurna..."aku tahu ini macam ayat 'cliché' je oh yeah..". 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...