Friday, October 4, 2013

Berdansa di Dancing Fish



Salam Oktober, Post kali ini aku mahu share stok tempat makan baru yang aku pergi dalam bulan lepas. Kali ini mencuba selera yang tidak jauh dari selera rakyat malaysia iaitu masakan Malay-Indo.Restoran yang bertempat di Setia City Mall iaitu Dancing Fish.

Pertama sekali bila kita dengar nama restoran ini mesti kita bayangkan makanan ala barat. Tetapi apabila melihat dekorasi restoran Dancing Fish ini yang berkonsep kotemporari membuat kita tertanya-tanya makanan yang bakal di hidangkan. Nama Dancing Fish itu sendiri sebenarnya tercipta dari salah satu signature dish mereka iaitu Dancing Fish seakan-akan ikan itu sedang menari. Aku sebenarnya sudah banyak kali lalu restoran ini  semakin lama buat aku tertarik untuk menjamu selera disini. Menu yang pelbagai yang disediakan dari nusantara khusus malay-indo & jangan risau set makananpun turut disediakan. Ok mari kita tengok antara signature dish disini.










Ahaaa!!! mesti terliurkan. Untuk aiskrim tiga rasa tu persa manggo, strawberry dan durian, memang sedap.Masakan dekat Restoran Dancing Fish ni memang cukup rasa dan masakannya yang ringkas.Jangan risau bagi siapa yang tidak makan pedas sebab di Dancing Fish ini dah setkan tahap kepedasan ketahap "mild". Dari segi harga disini medium range-price tapi memmang berbaloi dengan hasil masakannya.Memang dicadangkan untuk famili atau dengan member-member nak raikan sesuatu majlis disini.

P/s: Selera nusantara..pecel lele!! Pecel lele!!..Ayam Penyet!!..Ayam Penyet!!

Tuesday, July 23, 2013

Mee Ketam Yoooooo!!!!

KETAM Yoooo!!! Ok sekarang ni sudah separuh pejalanan Ramadan kita tahu ni. Alhamdulilah dapat kita tempuhi dengan redha. Sekarang ni aku sebenarnya nak cerita mengenai Mee Ketam yang aku cuba minggu sebelum Ramadan. Kalau makanan memang sudah basi jadu "up" gambar tak basi lah (lawakan sambil tangan pegang ke bahu).Sebelum ni aku sibuk menengok kawan-kawan aku update pasal Mee Ketam ni. Sudah berulang aku tengok di "up" status ego dan nafsu aku bergolak. Ini tak boleh jadi aku kena cuba.

Ok, tempat yang dituju adalah Mee Ketam Kuala Lumpur, yang terletak di belakang Unisel Shah Alam sekyen 7 lama. Senang sahaja cari kedai ini.Lepas SHELL masuk kiri terus sikit belah kanan.

Mee Ketam Yooooo!!!!!

Bagi pendapat aku dari segi rasa ok dan sedap dimakan. Tapi belum lagi tahap bila kita makan kita akan terdiam seketika dan akan rasa wooowww!!!.Tahap kesedapan mee ketam ini memuaskan. Tetapi bebaloi untuk dicuba bila kita fikirkan harga ketam sekarang. Kuah dia tak terlalu kuat, ia ringan. Kalau makan di sini ada pilihan untuk makan kari ketam ini dengan mee, beehoon dan nasi putih. Harga standard dengan ketam selain ketam biasa terdapat juga ketam XXL. Disyorkan bagi penggemar makanan laut dan mee. Selamat mencuba.

P/s: kalau nak makan ketam kita jangan control cun sangat sebab nanti kita tak akan rasa puas nikmati ketam ini. Guna jari je boleh!!!

Sunday, June 30, 2013

Tappers Cafe

Pertama kali aku tahu kengenai Tappers cafe dekat rancangan Jalan-jalan Cari Makan. Kali ini aku pergi cuba cawangan Tappers Cafe di Oasis Square Ara Damansara. Mula masuk Oasis Square ni kita akan perasan macam area "shop and office lot" yang biasa. Bila sudah masuk ke dalam ada banyak restoran makan yang dari segi interior yang cantik-cantik tapi dari segi rasa kena rasa satu-satu restoran lah ye. Ada yang halal dan non halal. Masa tu berangan kalau dapat kerja dekat sini mesti best.

Kembali mengenai Tappers Cafe, dari segi deko cafe konsep colonial english digunakan. Jadi bila kita masuk sahaja ke cafe akan rasa dibawa ke satu era vintage. Warna asas utama adalan putih dan kelabu. Bila kita lihat deko cafe yang "feel luxe" ni secara automatik akan fikir mengenai harga hidangan. Jangan risau harga hidangan di sini kira "reasonable" kalau tidak silap harga satu menu tidak ada yang melebihi rm15.00. Mula-mula pun dah budget harga mesti rm20.00++. Menu disediakan terdiri dari western hingga ke asian (hidangan berasaskan nasi ada disediakan jadi jangan risau) tetapi malangnya "dessert" belum ada dalam menu. Tappers Cafe dibuka seawal 8.00 pagi kerana menu mereka terdiri dari "breakfast", "lunch" dan "dinner". Dari segi rasa makanan agak baik ada rasa disitu. Boleh lawati website Tappers Cafe dengan mencari di encik "google". Yang duduk area klang jangan risau di setia alam ada cawangan Tappers Cafe.

exterior restoran di Oasis Square

Interior Tappers Cafe

Antara hidangan di Tappers Cafe

P/s: Dari segi portion makanan adalah baik.

Wednesday, May 22, 2013

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah

Apa nak masak hari ni? Semalam tiba-tiba teringat adik teringin makan nasi tomato, ini memang favorite dia. Ok cantik sebab ayam je pun ada kat rumah. Walaupun penat balik kerja sempat singgah kedai runcit beli susu cair, timun dan planta. Mana yang sempat aku kaut..redha. Penat aku tolak tepi mula aku dah plan pertama sekali aku akan masak nasi tomato dulu kemudian baru ayam. Sambil perut aku krukkkkrukkrukk...LAPAR aku mula masak.

Nasi Tomato

Bahan-bahan
3 pot beras (basuh bersih dan rendam dalam 10 minit sebelum masak)
1 labu bawang besar (anggaran besar tangan kita)
4 ulas bawang putih (mesin bersama bawang besar)
1 inci halia (besar ibu jari anda dihiris)
2 biji bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga
1 tin yang paling kecil tomato puree (bersamaan 4 sudu besar kalau nak campurkan dengan sos tomato terpulang)
1/2 Tin susu cair
1 senduk planta (guna senduk nasi) kalau suka minyak sapi pun boleh
1 senduk minyak (guna senduk nasi)

*Garam secubit rasa.

Langkah-langkah
1 Panaskan planta dan minyak untuk menumis bawang besar, bawang putih,halia,bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga sampai naik bau.
2 Masukkan pula tomato puree dan daun pandan. Kemudian masukkan beras yang direndam.
3 Selepas itu masukkan 1/2 tin susu cair dan air bersamaan dengan sukatan beras. Kacau-kacau sikit kemudia tutup dan tunggu sehingga nasi tanak.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1 Ekor ayam (terpulang nak potong macam mana)
3 Sudu besar cili kering yang sudah dikisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu besar tomato puree
4 sudu besar sos tomato
1 batang serai (dititik)

*Garam dan gula secukup ras

Langkah-langkah
1 Mula-mula gorengkan ayam sehingga masak.
2 Tumis bahan-bahan yang telah dikisar seperti cili kering, bawang besar, halia, serai dan bawang putih. Boleh gunakan minyak menggoreng ayam.
3 kemudian masukkan tomato puree dan sos tomato biarkan seketika dan selepas itu boleh masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan perasa seperti gula(boleh gunakan madu) dan garam sesedap tekak sendiri. Sebab semalam taknak membazir lebihan susu cair lagi setengah tin di masukkan ke ayam. SEDAP

Ini versi campak-campak . Maaf  image yang kureng.

P/s: Sebab malas dan kelaparan sangat timun dimakan begitu sahaja. Lagi bagus dibuat cerancam.


Bersantai - Setia City Mall




Aku rasa tak perlu nak perkenalkan mall baru ini. Bagi yang masih tidak tahu boleh mintak tolong dengan encik "google". Just type Setia City Mall Shah Alam. SCM ini lebih kepada "family type" sebab kita akan rasa tenang dan senang.

Ok, perkara utama yang aku hendak cakap mengenai SCM ini adalah tempat beriadah yang disediakan yang begitu luas. Macam-macam aktiviti yang kita boleh lakukan dekat sini selain taman permainan yang disediakan mesra kanak-kanak.

Mia dengan gaya

Mengikut kebiasaanya kita orang mesti akan singgah tempat wajib "cik mia" a.k.a my niece iaitu taman permainan atau paling kurang tengok water fountain depan pintu ke padang. Tetapi kami tukar tempat pergi ke padang lepak-lepak boleh "cik mia" berlari dengan bebas. Memang ramai orang hari tu sampai nak cari "space" untuk duduk pun susah. Jadi kita orang duduk pinggir-pinggir padang je, ok gak lah sebab dekat dengan kolam ikan. "Cik mia" teruja tengok budak-dak lain bagi ikan makan. Cuma hari tu kita orang memang tak bawa roti meskipun bola untuk "cik mia" main. 

Bagus buat tempat riadah macam ini. Aku rasa macam dekat luar negara pulak ramai betul orang. Ada main layang-layang, bola, basikal, skateboard dan macam lagi. Tempat nak "poyo-poyo" nak ambil gambar pun ada. Budaya beriadah ini patut kita amalkan sebab ia sihat dan boleh mengiratkan silaturahim antara masyarakat tidak mngira kaum. "Cik mia" yang amat peramah ni kalau main tidak dia kisah apa bangsa apa pun boleh jadi geng semua.

Mia dengan geng baik dia pak usu :)

Mari kita melakukan aktiviti sihat sekeluarga selain mebeli belah sakan. Aku rasa tempat ni boleh jadi tempat berbuka puasa ramadhan nantkan. Yang amat penting jaga kebersihan walaupun nampak sampah yang bukan kita buang tak salahkan kita buangkan ditempat sepatutnya


P/s: Memang bagus kita beriadah sihat badan dan sihat minda tapi tolong bagi pasangan yang dibuai cinta asyik tu. Sila jaga kelakuan kamu terutama yang beragama islam tak apa kalau tak malu dengan kanak-kanak tapi malulah dengan tuhan.


Sunday, May 19, 2013

PERNAH TAK!!!

Short posting...

Situasi pertama:
Pernah tak kita tiba-tiba akan kata:
"Bestnya, tengah kita jalan-jalan ni kita jumpa satu bag penuh dengan duit" atau yang lebih dramatik lagi "Wah!!! Bestnya tiba-tiba rm1 juta tekelepuk dekat dapan mata kita"

Situasi kedua:
"Aishhh!!! Mintak-mintak satu kereta tu tecicir dari lori tu boleh kita bawak balik" atau yang lebih dramatik "Wauuu!!! Kalau semua kereta tegelongsor keluar memang kaya kita mak...hahaha" 

Ini mentality biasa manusia..






P/s: Lumrah manusia sentiasa hendak lebih dari apa yang ada.

Sunday, May 12, 2013

Magic meals mmmmm....

Ok aku berpeluang untuk rasa produk baru dari maggie magic meals. Memang magic bagi yang terlalu sibuk untuk masak. Dua dalam satu sambil tanak nasi + magic meals = 2 (complete meals).


Pertama sekali aku nak cakap dari segi masa. Senang sahaja kita boleh ikut langkah-langkah yang disediakan dibelakang. Kita hanya perlu bahan asas yang ada di dapur iaitu bawang dan kita hanya perlu beli ayam. Sekarang zaman senang pergi sahaja pasar mintak penjual ayam potong kecil- kecil atau dekat pasar raya sekarang ada jual yang siap potong ikut sahaja bahagian ayam yang kita suka makan. Ikut langkah-langkah yang diberi.


1.Ok potong 1 labu bawang besar dalam bentuk gegelung. Masukkan dalam plastik yang telah disertakan. Terpulang pada kita nak campurkan apa. Contoh daun bawang, cili benggala,apa-apa yang berkenan dihati. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil dan perencah yang disediakan. Kemudian diikat menggunakan pengikat yang disediakan. Goncang-goncang bungkusan anda sehingga semua bahan sebati.


2. Masukkan bungkusan tadi ke dalam periuk nasi. Masakkan nasi dengan ayam serentak. Kemudian apabila nasi suadah masak biarkan bungkusan tadi dalam periuk nasi dalam 20 minit lagi.


3. Keluarkan bungkusan dari periuk nasi dan magic its happen. Ayam kita siap masak serentak dengan nasi. Siap untuk dihidangkan.

Dari segi rasa seikhlasnya tak sesedap dengan kita masak semua ramuan dengan sendiri. Rasa yang kurang dan kurang menepati selera anak tekak aku.Macam sesuatu yang hilang lagipun aku hanya rasa satu perisa iaitu ayam kicap sebab magic meals ni ada dua lagi perasa. Tapi ia terpulang dengan selera kita sendiri. Ia hanya mudah disediakan dan menjimatkan masa dengan zaman yang terlalu pantas.

P/s: Sekarang banyak benda diluar sana yang memudahkan kita. Tapi keputusan di tangan kita untuk memilih mana yang perlu dan baik. Ini bukan iklan berbauar.sekian

Saturday, April 13, 2013

Bila ikut kata PERUT

Alamak dia dah buat dah..krukakrakkkrakkrukkrakkruk...Bila mula PERUT berkeroncong akal kita mula di kawal oleh nafsu..nafsu yang membuak-buak Dan malas seorang manusia dicabar. Jadi apa lagi ke kedai lah kami tuju. 

Bila balik kerja dengan penat dan kering idea nak masak apa. Jadi fikir punya fikir dengan buntu aku pun buat keputusan dengan mudah dengan mengajak mak aku ke "Pak Ali Restaurant" dekat Giant Klang Sentral. Ok mesti ada yang nak cakap "ala Minah ni tu pn nak kecoh!!". Kau Ada ke.

It's ok. Aku pun dah banyak kali makan dekat sini tapi baru sekarang nak share dengan semua. "Pak Ali Restaurant" ini dah lama buka dekat klang. Kalau sebut pasal harga memang "reasonable" sangat sebab tu pelajar uitm Shah Alam selalu lepak dekat Pak Ali sek 7. Dari segi rasa setakat ini sedap. Menu yang terkenal adalah nasi ayam lemon tapi masa pergi aku tak order lah pulak. Sebab tiba tekak ni teringin makan golden fried rice & katong laksa (alamak order dua menu tapi memang umppppphhh). Kalau mak aku selalu order hainan chicken chop kalau selalu pergi itu je mak akan order. Air kita orang order Ipoh white coffe dengan soya. Menu-menu dia memang memenuhi selera semua peringkat umur, kaum, darjat dan ketebalan dompet anda. Macam-macam ada. Simple Dan sedap.



P/s: Makan untuk hidup..hidup untuk makan..mmmmmmm...nafsu-nafsu

Sunday, January 27, 2013

Budaya Terima Kasih

Walaupun agak lambat aku menyatakan salam tahun baru 2013.Mari kita mulakan tahun baru 2013 ini dengan BUDAYA TERIMA KASIH.Mesti ramai yang susah menyatakan ayat terima kasih kepada seseorang. Alah....kitakan berbilang kaum, macam bahasa yang kita boleh gunakn untuk menyatakan terima kasih, thank you, chie chie, kamsia,rume nanre dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan ikut etnik dalam negara kita memmang tak tersenarai. Janganlah kita malu, ringan-ringankan lah mulut kita untuk mengatakan terima kasih. Jangan mengira darjat, pangkat, kasta, umur dan agama untuk mengatakan terima kasih. Kalau kita rasa kita memang perlu dulu mengatakan terima kasih kepada seseorang tidak perlu malu atau segan kalau dia lebih miskin, tidak berpangkat atau tidak setaraf yang penting ikhlas.

Kalau kita sentiasa berpositif diri pada setiap hari insya allah kita akan lebih bersatu walaupun terdapat pelbagai kaum di negara kita malaysia ini. Ingat negara kita sekarang cukup aman dan damai tugas kita adalah memeliharakan untuk kekalkan keamanan yang sedia ada. Macam "orang kata" untuk MENGEKALKAN keamanan yang sedia ada adalah sukar. Jadi kita sebagai rakyat malaysia harus memainkan peranan  yang penting. Ajar dari muda budaya terima kasih ini. Terima kasih mengajar kita lebih bersyukur. Tidak apa kalau kita yang mula menyatakan terima kasih. Apa kata kita mulakan terima kasih kepada tuhan bagi kita nyawa sehingga hari ini dan kita katakan terima kasih kepada ayah dan mak kita yang menjaga kita selama ini.

Ok kat sini aku nak kongsi iklan yang setiap kali aku tengok akan menyentuh hati halus kita. Dengar bait-bait lirik lagu ini membawa seribu erti bagi kita. Buang kan ego kita, buangkan politik kita, buangkan prasangka kita, buangkah hasad kita,..... yang penting kita satu...sayu je iklan ni...



Kiniku nikmati kehidupan yang selesa
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan


Chorus
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu


Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna



P/s: posting ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Aku hanya menjalankan peranan aku yang tidak seberapa untuk menyebarkan unsur positif untuk negara aku iaitu MALAYSIA....peduli apa orang nak kata...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...