Wednesday, January 25, 2012

Sambal belacan mangga

Ok, beberapa hari yang lalu aku ada buat sambal belacan mangga kiranya untuk pembuka selera 2012.Senang je nak buat menu ni sebab tidak memerlukan teknik masakan yang melampau.
Bahan-bahan:
(A)
1@2 biji     Mangga (muda @ sudah masak)
(B)
3 tangkai    Cili merah
4@6 tangkai  Cili padi (bagi yang suka pedas lebih)
1 inci       Belacan (panggang jangan sampai hangus)
1 sudu       Gula & garam (bagi seimbang rasa)
Cara-cara:
Teramatlah mudah. Sekarang pergi ke dapur anda untuk mecari lesung batu. Dengan penuh tenaga tumbuk semua bahan (B) terpulang selera diri nak tumbuk lumat atau kasar. Kemudian mangga (A) boleh diracik halus atau dipotong kasar. Temukan bahan (A) & bahan (B) digaul mesra. Boleh dihidangkan.

Selain itu, anda boleh ganti buah mangga dengan buak kuini. Wow mesti terangkat gila. Selamat mencuba ye..


p/s: semudah langkah 1..2..3..macam pernah dengar 'tagline' ni kan...yang penting selamat mencuba..



Sunday, January 1, 2012

Dia datang....2012

2012 sudah datang. Ya maal hijrah 1433H baru sebulan berlalu.  Mesti semua orang sudah ada azam baru untuk tahun baru ini. Mesti semua berazam hendak yang terbaik untuk diri & tidak ada yang mahu gagal dalam diri.
"Akhiri 2011 dengan Alhamdulillah & Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim 2012"
Sebut pasal azam baru, bagaimana dengan azam yang lama..sudah tercapai ke?!!. Azam tahun lepas pun tak tercapai-capai.Mungkin kurang berusaha dan kesedaran dalam diri aku. Tapi mungkin ada hikmahnya dengan apa yang sudah aku lalui.Aku berharap tahun baru ini aku dapat seimbangkan antara dunia & akhirat. Yang penting nak dapat kerja tetap nak kumpul duit boleh bagi mak dak kalau boleh kesihatan aku akan lebih baik tahun 2012 ini.
"Andaikan kita akan mati sesaat nanti, Apa yang ada dalam gengaman kita untuk dibawa nanti?"
Sebut sahaja pasal 2012 ini macam-macam spekulasi yang timbul.  Tapi kita harus di haluan yang betul.Insyallah...

p/s: Mulakan tahun baru ini dengan memaafkan semua orang & aku pun ingin memohon maaf jika ada melakukan kesilapan kepada sesiapa sahaja. Manusia tidak sempurna..."aku tahu ini macam ayat 'cliché' je oh yeah..". 

Wednesday, December 21, 2011

Diet oh Diet !!!

Kalau sebut pasal isu "diet oh diet !!!" ni memang dah  berkarat sungguh idea ni dalam kepala otak aku ni dah jadi tukun aku rasa. Sebenarnya aku pernah berjaya gaklah berdiet ni (yoyo) tapi bila dah selesa dengan apa hasilnya dan otak aku masa tu sudah disumbat dengan tekanan belajar dengan itu istilah berdiet tu macam hangat-hangat tahi ayam je (macam aku seorang je lah yang belajar dekat dalam dunia ni). Sebenarnya aku ni ada satu masalah dan boleh dikatakan satu tabiat yang tak dapat diubah. Aku ni kalau mengalami tekanan atau deperesi atau tension atau bengang atau sewaktu dengannya makanan adalah sahabat sejati aku. Entahlah bila kepuasan makan tu kita rasakan terus sahaja bebanan tekanan tu hilang. Masalah sekarang dah tak belajar pn tabiat tu masih ada lg. Mungkin ada orang lain kat luar sana tu merasakan benda yang sama dengan apa yang aku rasa & mungkin tidak. 


Lagi satu memang hobi aku adalah memasak. Boleh tengok "posting" aku sebelum ni aku ada kongsi beberapa resepi. Sekarang ini kedai makanan bersepah lagi-lagi "fast food",hanya pergi je kedai mana yang kita nak.


Tipulah kalau tak ada orang yang bagi nasihat dekat aku "dietlah..dietlah!!". Mungkin senang diorang cakap macam tu sedangkan dia orang tak pernah rasa apa yang aku rasa. Tapi dalam waktu yang sama aku bersyukur yang sebenarnya ramai yang ambil berat pasal aku ni.
"Makan untuk hidup, atau, Hidup untuk makan"
Piramid Makanan
Diet kalau tak bersenam takda gunapun. Hari ni dah semangat kata nak ber"jogging" esok pagi. Bila menjelang esok ber"jogging"  atas katil lah. Kalau boleh dapat belari 30-40 minit dapat membakar 9000 kalori. Fuhh!!..lama kena lari tu..

Aku pun dah penat dengan keadaan aku ni. Risau juga dibuatnya yelah mana tau tup!!tup!!tup!! ada penyakit yang paling parah datang penyakit siap pakej lagi. Ishh!!! simpang malaikat 44.Aku harap dapat tahan godaan makanan yang sentiasa memikat aku dengan rakusnya ha..haaha..haaa!!!. Memang manusia ada seribu alasan untuk mengelak sesuatu tu..yang penting kita kena berusaha untuk mencapai sesuatu yang dingini..

Isshhhh!! boleh ke aku ni...mari kita ubah pemakanan & aktiviti kita kearah yang sihat..untuk diri yang sihat...Malaysia boleh aku mesti boleh..2012 nak datang menjengah ni....

p/s:Kuat ke usaha aku sekarang ini???!!!..... kalau nak tahu lebih lanjut mengenai pengambilan makanan yang betul pegi klik link disini>>> piramid makanan


Wednesday, April 27, 2011

Daging Masak Lada Hitam

minyak terlebih pula masa ni & kurangkan minyak
Kerja di rumah asyik masak-masak & masak-masak. Kali ni aku nak kongsi resepi daging masak lada hitam atau lebih glamour masak black paper. Aku tak paksa ikut resepi ini 100%. Paksaan tiada di sini.

Resepi Daging Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • 1 Kilo daging lembu (terpulang bahagian mana yang terbaik batang pinang)
  • 1 Labu bawang merah besar (dicingcang halus)
  • 6 Ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 Inci halia (dicincang halus) 
  • 1 1/2 Sudu lada hitam (ditumbuk kasar & lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 1 Biji cili benggala merah (dipotong dadu)
  • 1 Biji cili benggala hijau (dipotong dadu)
  • 4 sudu kicap manis
  • 3 sudu sos tiram
  • 1/2 Cawan air rebusan daging
  • Garam & Gula (secukup rasa)
  • Minyak
Cara-cara:
  1. Pertama sekali potong daging nipis secara melawan urat supaya tidak liat. Basuh daging bersih-bersih kemudian rebus daging hingga empuk.
  2. Kemudian panaskan minyak dalam 3 sudu besar. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau. Jangan lupa masukkan lada hitam.
  3. Selepas bahan tumisan sudah naik bau kita boleh masukan daging dan kacau hingga sebati. Masukkan air rebusan daging.
  4. Masukkan kicap manis serta sos tiram dan biarkan seketika untuk sebatikan daging.
  5. Akhir sekali masukkan potongan cili benggala kemudian serbuk perasa seperti gula dan garam secukup rasa. 
  6. Boleh dihidangkan.
Sangat mudah sebab bahan-bahan pun tidak rumit sangat. Semua ada dekat dapur kita. Selamat mencuba.

p/s: sesiapa ada tekanan darah tinggi jangan makan daging terlalu banyak. Jaga kesihatan anda :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...